Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Liga domestik Malaysia, Liga Super baru sahaja melabuhkan tirainya. Dengan berakhirnya Liga Super, maka bermulalah saingan Piala Malaysia, antara piala yang paling berprestij dalam negara kita. Piala Malaysia mengumpulkan 16 pasukan terbaik daripada Liga Super dan Liga Premier. 16 pasukan tersebut terdiri daripada 11 pasukan terbaik dalam Liga super dan 5 pasukan terbaik dalam Liga Premier.
Undian telah dilakukan pada 1 November 2020 dan disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi Malaysian Football League (MFL)
Saingan pada tahun ini berbeza kerana format penganjuran telah diubah akibat pandemik COVID-19. 16 pasukan yang layak akan bertanding secara kalah mati termasuk perlawanan di peringkat suku akhir dan separuh akhir serta saingan peringkat kumpulan dibatalkan. Undian akan dibuat secara rawak dan akan menyaksikan pertembungan pasukan dari Liga Super dan Liga Premier. Perlawanan pertama Piala Malaysia 2020 dijangka akan berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020.
Piala Malaysia merupakan kejohanan yang tertua di rantau asia yang bermula pada tahun 1921 yang ketika itu adalah kejohanan antara negeri-negeri yang membentuk tanah melayu. Setiap tahun kejohanan yang di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini menjadi rebutan pasukan bola sepak dalam negara kita. Peminat bola sepak tempatan juga berasa sangat teruja untuk menyaksikan kejohanan ini kerana ia menjanjikan persembahan yang menarik daripada pasukan kegemaran mereka.
Pasukan Johor Darul Takzim adalah juara bertahan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kedah pada aksi perlawanan akhir tahun lepas. Pasukan Selangor adalah pasukan yang paling banyak memenangi Piala Malaysia dengan sejumlah 33 kejuaraan.
KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2020
Berikut kami kongsikan format dan tarikh penting beserta dengan keputusan undian tersebut Piala Malaysia 2020.
Berikut merupakan format aksi Piala Malaysia 2020 yang akan berlangsung pada 6, 7, 8 Nov nanti: |
POT UNDIAN | ||||||||||||||||||
Berikut merupakan Pot Undian untuk proses pengundian Piala Malaysia 2020. Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 2 balang atau Pot mengikut ranking dalam saingan liga masing-masing: | ||||||||||||||||||
|
KEPUTUSAN UNDIAN SAINGAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2020 | ||||||||||||||||||
Berikut merupakan keputusan undian yang telah berlangsung pada 1 November 2020 yang lalu: | ||||||||||||||||||
|
TARIKH PENTING SAINGAN PIALA MALAYSIA 2020 | |
Peringkat Kumpulan | 6, 7 & 8 November 2020 |
Suku Akhir (Quarter Final – QF) | 12, 13 November 2020 |
Separuh Akhir (Semi Final – SF) | 17 November 2020 |
Perlawanan Akhir (Final) | 22 November 2020 |