Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Johor 2023

Bersyukur kita kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Antara nikmat yang sering kita terlepas pandang adalah dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk beribadah dan memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukan selama ini. Selain itu Allah juga menjanjikan nikmat pada orang yang berpuasa iaitu pada waktu berbuka puasa.

Kewajipan untuk menjalankan ibadah puasa sudah jelas disebut dalam rukun Islam yang mana setiap muslim perlu mematuhinya. Menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika dilihat secara tersurat. Namun apa yang tersirat adalah pelbagai bentuk nikmat yang menanti setiap umat yang sabar dan taat menjalani ibadah ini. Antara nikmat itu adalah nikmat berbuka puasa.

Barangkali semua sudah sedia maklum bahawa bulan puasa tahun ini bermula pada 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah iaitu hari Khamis. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar ramadan berdekatan. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke bazar Ramadhan dan membeli pelbagai jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka.

Pasti ramai tertanya-tanya di manakah tempat bazar ramadan dibuka bagi setiap negeri termasuklah di negeri Johor. Dengan itu, kewujudan bazar yang banyak di serata negeri bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan bagi kebanyakan hari, bazar-bazar pasti akan dibanjiri pengunjung terutama pada waktu petang ketika menjelang saat berbuka.

Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Johor 2023

Oleh itu, untuk mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu sekiranya ingin berbelanja di bazar Ramadhan. Di sini GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Johor beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2023 bagi memudahkan perancangan anda:

Senarai Bazar Ramadhan Johor 2023

Bazar Ramadhan Segamat

Lokasi

  1. Taman Yayasan
  2. Taman Utama
  3. Jementah
  4. Paya Pulai
  5. Bandar IOI
  6. Batu Anam
  7. Dataran Labis

Bazar Ramadhan Tangkak

Lokasi

  1. Taman Pasar Tani, Jalan Naib Long Tangkak
  2. Taman Serom Utama
  3. Jalan Perdagangan 1, Pusat Perdagangan Bukit Gambir
  4. Tapak Pasar Malam Serom

Bazar Ramadhan Yong Peng

Lokasi

  1. Parit Yaani
  2. Ayer Hitam
  3. Jalan Besar Sri Medan
  4. Pekan Parit Sulong
  5. Bandar Baru Ayer Hitam

Bazar Ramadhan Kluang

Lokasi

  1. Jalan Ciku
  2. Tapak Penjaja Taman Intan
  3. Jalan Cengkih, Taman Makmur
  4. Jalan Durian dan Jalan Manggis
  5. Kompleks Sukan Kluang
  6. Jalan 10, Taman Sri Kluang
  7. Jalan Seri Impian 1/1, Taman Seri Impian
  8. Jalan Indah 1/2 & Jalan Indah 1/6
  9. Kawasan Parkir Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom
  10. Jalan 13, Taman Kluang Barat
  11. Jalan Mohd Salim/ Jalan Teratai Kg. Melayu

Bazar Ramadhan Batu Pahat

Lokasi

  1. Taman Budaya
  2. Taman Kristal Parit Raja
  3. Taman Putera Indah (Jalan Parit Jalil)
  4. Pesta Batu Pahat
  5. Rengit
  6. Kompleks Niaga Senggarang
  7. Jalan Kelab
  8. Taman Cempaka Biru Parit Raja
  9. Taman Sri Sulong
  10. Taman Universiti
  11. Bukit Perdana
  12. Taman Kapal Layar (Tongkang Pechah)
  13. Banang Jaya

Bazar Ramadhan Simpang Renggam

Lokasi

  1. Taman Cemara
  2. Taman Harmoni
  3. Taman Sri Bayu
  4. Jalan Wawasan
  5. Bukit Tunggal
  6. Taman Putrimas

Bazar Ramadhan Kota Tinggi

Lokasi

  1. Dataran Tun Sri Lanang
  2. Lubuk Kota (Hwa Tai)
  3. Jalan 2/1 Taman Anggerik, Bandar Tenggara
  4. Jalan Niaga, Jalan Niaga 8, Jalan Niaga 16, Jalan Niaga 18
  5. Jalan SS 2/6, Taman Sri Saujana
  6. Tanjung Sedili

Bazar Ramadhan Mersing

Lokasi

  1. Taman Wawasan
  2. Jalan Perisai, Endau
  3. Kompleks Niaga Mohd Aris
  4. Taman Seri Nakhoda
  5. Taman Lautan Biru
  6. Terminal Bas dan Teksi Mersing

Bazar Ramadhan Pontian

Lokasi

  1. Stadium Mini Pontian
  2. Wearnes – Jalan Parit Masjid
  3. Benut (Jalan SJKC Lork York)
  4. Pekan Ayer Baloi
  5. Pekan Permas
  6. Pekan Nenas
  7. Pekan Sentral, Pekan Nenas

Bazar Ramadhan Muar

Lokasi

  1. Dewan Jubli Intan
  2. Pusat Perniagaan Kg. Tengah Sg. Abong
  3. Taman Sg. Abong Mulia
  4. Pekan Parit Yusof
  5. Pasar Awam Pagoh
  6. Kg. Kenangan Tun Dr. Ismail
  7. Pasar Awam Parit Jawa
  8. Dataran Bukit Pasir
  9. Taman Bakri Mulia
  10. Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Junid
  11. Taman Pagoh Jaya

Bazar Ramadhan Kulai

Lokasi

  1. Taman Mas, Kulai
  2. Taman Putri, Kulai
  3. Bandar Senai, Senai
  4. Taman Desa Idaman, Senai
  5. Taman Manis, Kelapa Sawit
  6. Pusat Perniagaan Saleng, Taman Sutera
  7. Taman Muhibbah Saleng
  8. Taman Scientex
  9. Jalan Enggang 19, Bandar Putra
  10. Taman Senai Utama
  11. Jalan Merbau 1, Bandar Putra
  12. Jalan Siantan 3, Indahpura
  13. Parkir Kenderaan Perindu, Jalan Cyber
  14. Bandar Baru Kangkar Pulai
  15. Parkir Pasar Awam, Kulai
  16. Jalan Serunai 11, Taman Saleng
  17. Jalan Padi Mahsuri 2, Taman Senai Baru
  18. Jalan Bintang, Taman bintang Senai
  19. Jalan Scientex 10, Taman Scientex Kulai
  20. Parkir Utama Lotus Kulai

Bazar Ramadhan Iskandar Puteri

Lokasi

  1. Jalan Jasa 26, Taman Mutiara Rini
  2. Jalan Pulai Harmoni 1, Kangkar Pulai
  3. Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti
  4. Jalan 2, Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai
  5. Jalan Emas 1, Taman Sri Skudai
  6. Jalan Batai 4, Taman Sri Pulai
  7. Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti
  8. Jalan Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis
  9. Jalan PI 1/2, Taman Pulai Indah
  10. Jalan Perwira 19, Taman Ungku Tun Aminah
  11. Taman Pulai Mutiara
  12. Perling Mall
  13. Taman Nusantara
  14. Jalan Layang 16, Taman Perling
  15. Tempat Letak Kereta Anjung
  16. Tempat Letak Kereta Sireh Park

Bazar Ramadhan Pasir Gudang

Lokasi

  1. Tapak Penjaja Persiaran Scientex
  2. Jalan Bacang 36
  3. Tempat Parkir Kenderaan Dewan Taman Pasir Putih
  4. Jalan Bandar
  5. Jalan Serangkai 1
  6. Jalan Sena 12
  7. Jalan Pulasan
  8. Perhentian Bas Masai Johor
  9. Kipmall Masai
  10. Jalan Belatuk 6
  11. Jalan Intan
  12. Tapak Penjaja Jalan Cendana
  13. Tapak Penjaja Jalan Sena 10 dan Tapak Parkir Masjid
  14. Tapak Penjaja Jalan Tasek 60
  15. Tempat Letak Kereta Hadapan Dewan Taman Mawar
  16. Tapak Penjaja Seharum 3
  17. Tapak Penjaja Sierra Perdana
  18. Jalan Asli 17
  19. Meridin East Pasir Gudang

Bazar Ramadhan Johor Bahru

Lokasi

  1. Jalan Adda 2, Taman Adda Heights
  2. Jalan Arung, Taman Bukit Kempas
  3. Jalan Nibong 17, Taman Daya
  4. Jalan Persiaran Dahlia, Taman Dahlia
  5. Jalan Sekolah, Kg. Melayu
  6. Jalan Pasir Kucing, Kampung Pasir
  7. Jalan Padi Mahsuri 12, BBU
  8. Jalan Johar 3/2, Taman Desa Cemerlang
  9. Jalan Skudai Kiri, Kg Skudai Kiri
  10. Jalan Bayan 26, Taman Kota Puteri
  11. Jalan Mewah Ria 2/1, Taman Mewah Ria
  12. Jalan Batai 4, Taman Sri Pulai
  13. Jalan Anggerik 2/4, Taman Anggerik
  14. Jalan Bunga Seroja, Taman Plentong Baru
  15. Jalan Rambutan, Ulu Tiram
  16. Jalan Lembah 1, Taman Desa Jaya
  17. Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram
  18. Jalan Badik 23, Taman Puteri Wangsa
  19. Padang A, Plaza Angsana
  20. Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff
  21. Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda
  22. Parkir Kipmall Tampoi
  23. Hadapan Paradigm Mall
  24. Jalan Perkasa 1/1, Taman Tampoi Utama
  25. Aeon Bandar Dato Onn
  26. Di Tebing @ Bandar Dato Onn
  27. Parkir Aeon Mall Tebrau
  28. Bandar Baru Permas Jaya – Jalan Permas 15
  29. Lot Parkir Terbuka Permas City
  30. Southern City – Parkir Pasaraya Besar (Giant Taman Suria)
  31. Jalan Salim JB (Depan Hotel Pan Pacific)
  32. Jalan Sri Bahagia, Taman Sri Bahagia

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan