Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT Terkini

Kolej vokasional (KV) atau sekolah vokasional merupakan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar mereka. Baru-baru ini, kerajaan telah menaik taraf kolej vokasional ini di seluruh Malaysia. Ini kerana kerajaan kini sedar akan keperluan pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi agar terbiasa dengan keperluan industri pada masa kini. Oleh itu, bagi pelajar tingkatan 3 dan lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej vokasional.

Kolej vokasional dan sekolah menengah teknik kini telah banyak pembaharuan. Selain daripada ia telah diangkat tinggi oleh kerajaan, ia juga telah diberi peruntukan yang mencukupi untuk kerja-kerja tambah baik sekolah ini. Kemudahan dan keselesaan pelajar telah diberi keutamaan bagi memastikan pelajar selesa dengan keadaan sekolah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan pelajar cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah di bawah KPM yang lain.

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar kolej vokasional dan SMT anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa syarat minima yang perlu pelajar patuhi sebelum membuat permohonan. Sekiranya anda layak dan berminat, anda amat digalakkan untuk membuat permohonan demi menjamin masa depan anda.

Syarat Umum Dan Khusus Kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) & Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar kolej vokasional dan SMT anda boleh membuat semakan syarat kemasukan berpandukan info yang akan kami kongsikan seperti di bawah. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

I)  Perbezaan Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV & PBS

A. Murid Lepasan PAV :

  • Murid telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) di SMK yang menawarkan PAV (Pendidikan Asas Vokasional)

B. Murid Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama :

Murid yang menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu:

  • PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  • PT3 : Pentaksiran Pusat
  • PS : Pentaksiran Sekolah

II) Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Apprenticeship/ Kemahiran Di Kolej Vokasional (KV)

A. Bagi murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :-

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023
  • Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2023
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
  • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Calon berminat dengan program dipohon.

B. Bagi murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik (PBS) :-

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2023
  • Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
  • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran AktivitiJasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Calon berminat dengan program dipohon.

III) Syarat Umum Dan Khusus Program Kolej Vokasional (KV) 2024

Bagi Murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik

A. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2023 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
  • Pelajar berminat dengan program dipohon

B. Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD)

C. Syarat Tambahan

Bagi Program IBM P-Tech@Kolej Vokasional (KV Sungai Buloh & KV Sepang), calon perlu menepati syarat di bawah:

IV) Syarat Umum Dan Khusus Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Aliran Teknikal 2024

Bagi Murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik :-

A. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2023 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
  • Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
  • Calon berminat dengan program dipohon

Syarat Khusus

  • Untuk semua kursus yang ditawarkan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian dan Perdagangan pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi mata pelajaran Sains

Maklumat Lanjut

Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh layari pautan di bawah: