Semak kelayakan subsidi minyak Program Subsidi Petrol (PSP)

Usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat terutamanya golongan B40 yang berpendapatan rendah tidak pernah berhenti. Bantuan yang diberikan dapat dilihat daripada pelbagai aspek termasuklah tempat tinggal/perumahan, perbelanjaan, pendidikan, minyak dan sebagainya. Antara bantuan yang terkenal adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan.

Penerima BSH bakal mengukir senyuman kerana pihak kerajaan telah melancarkan inisiatif yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP). Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mengagihkan semula subsidi petrol secara saksama yang sekaligus dapat mengurangkan bebanan hidup rakyat berpendapatan rendah.

Mulai bulan Januari 2020, rakyat yang menepati syarat kelayakan bakal menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit untuk membantu pembiayaan sebahagian daripada kos penggunaan petrol masing-masing. Subsidi yang diberikan adalah untuk pengguna kereta dan motosikal di mana individu yang menikmati subsidi ini hendaklah mempunyai tidak lebih daripada dua buah kereta dan dua buah motosikal sahaja.

Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan penerima PSP boleh membuat Semakan Kelayakan PSP atau Program Subsidi Petrol yang akan dibuka mulai bulan Oktober 2019. Semakan dapat dilakukan di portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memudahkan rakyat menjalankan urusan secara atas talian/online.

Info Terkini : Penangguhan Program Subsidi Petrol

Program Subsidi Petrol Ditangguhkan

Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol dari Januari 2020 ke suatu tarikh yang akan dikemaskini.

Hal ini disebabkan kerajaan ingin memberi ruang terhadap proses pendaftaran penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus iaitu M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan

Kenaikan Ron95 1 Sen Setiap Minggu

Apabila Program Subsidi Petrol mula dilaksanakan dijangka bermula Januari 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak 1 sen setiap minggu sehinggalah mencecah harga semasa pasaran.

Tarikh Tutup Kemaskini Maklumat PSP

Bagi penerima PSP, maklumat kenderaan dan akaun bank perlu dikemaskini sebelum 30 November 2019 untuk mengelakkan daripada kegagalan pembayaran ke akaun penerima

Belanjawan 2020

Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi skim PSP yang akan memanfaatkan kira-kira 8 juta pemandu daripada kategori kelayakan seperti di bawah.

  1. Penerima BSH (B40) yang melepasi kelayakan kriteria pemilikan kenderaan yang ditetapkan dalam PSP
  2. Bukan Penerima BSH yang melepasi kelayakan kriteria pemilikan kenderaan yang ditetapkan dalam PSP

Penerima BSH yang layak akan menerima pembayaran pertama pada April 2020 untuk tempoh Januari hingga April 2020

Bukan penerima BSH pula akan menerima Kad95 yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020.

PSP tidak layak diterima oleh pemandu kenderaan mewah

Kerajaan turut bersedia sekiranya Sabah dan Sarawak meminta untuk menyertai PSP

Semakan Kelayakan Program Subsidi (PSP) Online

Subsidi PSP ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 2.9 juta penerima dengan tanggungan perbelanjaan sejumlah RM65.4 juta setiap bulan.

Berikut dikongsikan maklumat penting yang merangkumi tarikh semakan dibuka, syarat kelayakan penerima subsidi PSP, pautan untuk membuat semakan serta butiran-butiran lain mengenai PSP buat rujukan semua:

Tarikh Penting Program Subsidi Petrol 2020

Semakan kelayakan PSP 2020 akan mula dibuka pada tarikh berikut:

Tarikh Semakan Rayuan PSP Dibuka – 15 Oktober 2020

Tarikh pelaksanaan program PSP 2020 dimulakan iaitu tarikh subsidi mula dikreditkan adalah pada suku pertama tahun 2020:

Tarikh Semakan Rayuan PSP Dibuka – Januari 2020 (Akan dikemaskini)

Cara Membuat Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

Semakan kelayakan PSP 2020 boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut:

SEMAKAN KELAYAKAN ONLINE PSP 2020

  1. Layari aplikasi semakan di pautan di atas dan klik SEMAK KELAYAKAN
  2. Tiba di laman seterusnya, masukkan nombor MyKad di ruangan kosong dan tandakan pada kotak persetujuan serta klik SEMAK
  3. Keputusan kelayakan akan dipaparkan dan sekiranya LAYAK, pilihan mengemaskini nombor akaun disediakan dengan klik KEMAS KINI
  4. Setelah itu pilih Nama Bank dan isikan Nombor Akaun Bank yang baru serta klik “KEMAS KINI NO. AKAUN”
  5. Pemohon dikehendaki memasukkan No. Akaun BSH Terdahulu sebagai pengesahan maklumat dan klik OK
  6. Pilih Maklum Balas iaitu jenis bantuan atau ingin menolak bantuan dan klik SIMPAN untuk melengkapkan proses semakanSekiranya status TIDAK LAYAK, sila buat permohonan rayuan seperti panduan di bawah:

Permohonan Rayuan PSP

Syarat Dan Kriteria Program Subsidi Petrol 2020

Penerima PSP 2020 mestilah menepati SEMUA syarat berikut:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia
  • Memilki kenderaan persendirian yang berdaftar (lesen masih sah)
  • Memiliki tidak melebihi 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja untuk setiap individu
  • Menepati syarat kelayakan kapasiti enjin seperti berikut:
KENDERAAN MOTORKAPASITI ENJIN
Kereta
Kurang daripada atau sama dengan 1600cc
Lebih dari 1600cc dan berusia minimum 10 tahun
Motosikal
Kurang daripada atau sama dengan 150cc
Lebih dari 150cc dan berusia minimum 7 tahun

Konsep & Mekanisme Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Berikut dijelaskan maklumat berkaitan pelaksanaan PSP dengan lebih lanjut yang merangkumi cara pemberian, jumlah subsidi yang diberikan dan lain-lain:

  1. CARA PEMBERIAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)
    • Penerima PSP akan menerima PSP melalui akaun bank secara terus
  2. BENTUK SUBSIDI YANG DIBERIKAN
    • Subsidi yang diberikan adalah dalam bentuk wang ringgit (RM)
  3.  KADAR PEMBERIAN SUBSIDI
    • Kadar subsidi yang diterima sebulan adalah bergantung pada kombinasi jumlah kereta dan jumlah motosikal yang dimiliki setiap individu. Butirannya adalah seperti berikut:
BILANGAN KERETABILANGAN MOTOSIKALJUMLAH SUBSIDI DITERIMA
30 Sebulan
30 Sebulan
 30 Sebulan
  –30 Sebulan
30 Sebulan
 30 Sebulan
 12 Sebulan
 12 Sebulan

4) JUMLAH SUBSIDI YANG DIBERIKAN

Jumlah subsidi yang dikreditkan ke dalam akaun bank adalah bagi tempoh empat (4) bulan terus. Untuk suku pertama tahun 2020 ia merangkumi bulan Januari hingga April 2020. Maka, jumlah yang akan diperoleh penerima adalah seperti berikut:

Jumlah subsidi kereta = RM30 x 4 bulan = RM120

Jumlah subsidi motosikal = RM12 x 4 bulan = RM48

Amaun RM30 adalah kecil untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima setiap bulan. Disebabkan itu penerima hanya akan mendapat subsidi dalam jumlah yang terkumpul setiap empat bulan

Penjelasan Mengenai Had Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa subsidi petrol hanya dihadkan pada kadar RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal. Berikut dikongsikan penjelasannya secara ringkas:

  1. Menurut kajian, jarak perjalanan yang lazim/biasa dilalui (perjalanan ke tempat kerja, keperluan harian dan lain-lain) adalah sejauh 1,500km sebulan (50km sehari)
  2. Berdasarkan jarak tersebut, kuota subsidi petrol yang ditetapkan adalah 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal
  3. Pada masa ini, pihak kerajaan menanggung julat kadar subsidi sebanyak RM0.30 sen seliter bagi kedua-dua jenis kenderaan. Maka kiraannya adalah seperti berikut:
PERKARAKERETAMOTOSIKAL
Kuota Subsidi Petrol Sebulan 100 liter 40 liter
Kadar Subsidi SeliterRM0.30 senRM0.30 sen
Jumlah Subsidi Petrol SebulanRM0.30 sen x 100 liter = RM30.00RM0.30 sen x 40 liter = RM12.00

Pengapungan Harga Runcit Petrol Ron95

Harga petrol RON95 akan dikekalkan pada nilai RM2.08 sehingga tarikh berikut:

Tarikh Akhir Sebelum RON95 Diapungkan – 31 Disember 2019

  1. Bermula tahun 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran
  2.  Subsidi petrol secara pukal masih dapat dinikmati sewaktu tempoh pengapungan semula harga jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, tetapi pada kadar yang lebih rendah

Fakta Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Maklumat ringkas berkaitan PSP adalah seperti berikut:

  1. Buat masa sekarang, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati rakyat adalah dibiaya oleh subsidi Kerajaan
  2. Maksudnya, Kerajaan membiayai subsidi setiap liter petrol RON95 yang dibeli dengan tujuan agar harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah (RM2.08 seliter)
  3. Harga sebenar bagi petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa berubah mengikut pasaran
  4. Golongan yang tidak layak (syarikat komersial, kumpulan berpendapatan tinggi, warga asing) juga menikmati subsidi pukal yang ditanggung oleh kerajaan
  5. Sebagai usaha untuk memperbaiki situasi yang tidak seimbang itu, pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan
  6. Melalui PSP, pengagihan subsidi secara saksama dilakukan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah

Objektif Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Pelaksanaan PSP secara amnya adalah untuk mencapai objektif berikut:

  1. Mencapai UN Sustainable Development Goal ke-12: Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
  2.  Mengurangkan kesan terhadap kos sara hidup serta menghulurkan bantuan khususnya buat golongan berpendapatan rendah
  3.  Merendahkan beban fiskal
  4.  Ketirisan subsidi petrol dapat dikurangkan
  5.  Menggalakkan pengguna untuk menjadi lebih cermat dan prihatin terutamanya dalam penggunaan petrol. perbelanjaan harian dan penggunaan pengangkutan awam

Soalan Lazim (FAQ) & Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui soalan-soalan yang sering ditanya mengenai PSP, klik pada pautan di bawah:

 SOALAN LAZIM (FAQ) PSP 2020

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik laman Facebook rasmi di bawah:

  • Alamat KPDNHEP :
    • Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
      dan Hal Ehwal Pengguna,
      No. 13, Persiaran Perdana,
      Presint 2,62623 Putrajaya,
      Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Talian KPDNHEP : 1-800-88-6800

Laman Facebook Rasmi KPDNHEP