Permohonan SBP 2020 tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2020.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.
Bagi pelajar-pelajar yang terpilih memasuki sekolah asrama penuh lebih terdedah kepada sifat berdikari kerana kebanyakan perkara sama ada dalam pembelajaran dan juga kemahiran sosial akan dipelajari sendiri sambil dibantu oleh guru-guru, rakan-rakan sebaya serta senior.
Penumpuan terhadap pelajaran juga akan lebih baik kerana tiada gangguan dari gajet dan televisyen yang sering berlaku sekiranya pelajar-pelajar berada di rumah. Hasilnya, kebanyakan pelajar-pelajar berasrama penuh akan menjadi pelajar cemerlang disebabkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Selain itu, pelajar turut terdedah kepada kepelbagaian budaya dan agama memandangkan ada dalam kalangan pelajar-pelajar berasrama penuh terdiri daripada pelbagai etnik serta kaum.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KPM TAHUN 2020 TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
| PERMOHONAN ADALAH TERBUKA KEPADA MURID | PELAJAR CEMERLANG |
Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan. |
Pelajar Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. |
| Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) sepenuhnya, dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi. |
| TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SBP TAHUN 2020 TINGKATAN 1 | |
| Dibuka | Ditutup |
| 27 Ogos 2019 | 27 September 2019 |
| Tarikh yang tepat permohonan dibuka telah dimaklumkan melalui portal rasmi KPM di pautan www.moe.gov.my | |
| PERMOHONAN KEMASUKAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2020 |
| Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 1 tahun 2020 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti di bawah. |
Warganegara Malaysia. |
Bersekolah Kebangsaan (SK). |
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP. |
Cemerlang akademik. |
Aktif dalam kokurikulum. |
| CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2020 |
| Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR 2019 diumumkan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut. |
https://sst1.moe.gov.my |
Sistem permohonan SBP untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2020 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. |
| PANDUAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 |
Panduan Permohonan SBP Tingkatan 1 Secara Online |
Info SBP | Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Bagi Tingkatan 1 |
Info SBP | Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah |
Soalan-Soalan Lazim | Pengambilan Pelajar SBP |
| TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SBP TAHUN 2020 TINGKATAN 4 | |
| Dibuka | Ditutup |
| 27 Ogos 2019 | 27 September 2019 |
| Tarikh yang tepat permohonan dibuka telah dimaklumkan melalui portal rasmi KPM di pautan www.moe.gov.my | |
| PERMOHONAN KEMASUKAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2020 |
| Pelajar Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 4 tahun 2020 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti di bawah: |
Warganegara Malaysia. |
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. |
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP. |
Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain). |
Lulus saringan / temuduga (hanya di KISAS). |
| CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2020 |
| Pemohon boleh memohon sebelum keputusan PT3 2019 diumumkan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut: |
https://sst4.moe.gov.my |
Sistem permohonan SBP untuk kemasukan ke Tingkatan 4 tahun 2020 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. |
| PANDUAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 |
Panduan Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Online |
Info SBP | Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Bagi Tingkatan 4 |
Info SBP | Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah |
Soalan-Soalan Lazim | Pengambilan Pelajar SBP |
Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Warganegara Malaysia.
Bersekolah Kebangsaan (SK).
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP.
Cemerlang akademik.
Aktif dalam kokurikulum.
Sistem permohonan SBP untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2020 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.