Senarai Saluran MyTV Yang Ditawarkan (TV & Radio)

MyFreeview adalah siaran digital televisyen percuma yang memberikan perkhidmatan saluran televisyen (TV) dan radio popular tanpa dikenakan sebarang caj atau yuran langganan. Ianya merupakan salah sebuah projek nasional dengan objektif untuk menyediakan liputan siaran TV percuma yang lebih jelas. Dengan myFreeview, pengguna dapat menikmati siaran TV digital yang menyediakan 13 saluran percuma termasuk lima dalam definisi tinggi (HD).

Siaran ini boleh diakses dengan menggunakan TV baharu yang dilengkapi sistem integrasi digital (IDTV) ataupun dengan memasang dekoder MyTV ke TV lama. Spesifikasi model sesebuah TV akan menjelaskan sama ada TV tersebut sudah tersedia atau tidak yang boleh disemak melalui laman web rasmi TV ataupun manual pengguna TV berkenaan.

Bagi TV yang tidak dilengkapi IDTV, pengguna dikehendaki memasang dekoder MyTV sekiranya berada dalam kawasan liputan siaran MyTV yang boleh disemak secara online melalui laman rasmi MyTV. Sekiranya pengguna berada di luar kawasan liputan, pengguna perlu memasang set dekoder DTH. Kawasan liputan siaran MyTV yang dahulunya agak terhad, kini sudah meliputi 98 peratus dari jumlah kawasan di seluruh Malaysia setelah lebih 60 buah pencawang TV digital dibina sebagai alat pemancar.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang terpilih juga boleh mendapatkan alat dekoder DTT atau DTH secara percuma. Seramai 2 juta daripada 4.1 juta penerima BSH iaitu golongan senarai terbawah dalam senarai BSH layak menerima set dekoder percuma. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online ataupun SMS dan set dekoder percuma akan dihantar menerusi Pos Malaysia.

Kepada yang tidak tersenarai sebagai penerima dekoder percuma, bolehlah mendapatkan Dekoder DVB-T2 dengan harga sekitar RM187 di kedai-kedai alat elektronik terpilih di seluruh negara. Secara alternatifnya, dekoder tersebut juga boleh dibeli secara online di lawan web Pensonic. Wakil penjual yang berkhidmat merupakan mereka yang terlatih dan sedia memberikan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan liputan siaran dan teknik pemasangan.

Senarai Saluran Siaran TV Dan Radio Di MYFREEVIEW Atau MYTV

Berikut dikongsikan senarai saluran TV dan Radio myFreeview atau MyTV seluruh Malaysia buat rujukan semua:

Saluran TV MyTV

  1. TV1 (HD) 101
  2. TV2 (HD) 102
  3. TV3 (HD) 103
  4. Wow Shop (Melayu) 104
  5. Wow Shop 106
  6. NTV7 107
  7. 8TV 108
  8. TV9 109
  9. TV Okey 110
  10. Sukan RTM (HD) 111
  11. Awesome TV 112
  12. TV6 113
  13. TV Al-Hijrah (HD) 114
  14. SUKETV 116
  15. Bernama News Channel 121
  16. TVS (HD) 122
  17. Berita Semasa RTM (HD) 123

Saluran Radio MyTV

  • Nasional FM 701
  • Traxx FM 702
  • Minnal FM 703
  • Ai FM 704
  • Klasik FM 705
  • Asyik FM 706
  • Sabah FM 707
  • Sabah VFM 708
  • Sarawak FM 709
  • Wai FM 710
  • Manis FM 711
  • Bernama Radio 712

Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat tambahan saluran di masa akan datang.

Maklumat Lanjut

Pusat Khidmat Pelanggan : 1300-80-6988