Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia

Umum mengetahui bahawa MyFreeView atau MyTV merupakan saluran digital televisyen percuma yang diberikan kepada dua (2) juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) yang kini dikenali sebagai Bantusan Sara Hidup – BSH. Semakan nama penerima yang layak mendapat dekoder MyTV secara percuma boleh dilakukan secara atas talian/online, SMS ataupun menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MyTV. Tahniah diucapkan buat yang telah melakukan semakan dan menerima dekoder MyTV percuma.

Mereka yang tidak disenaraikan sebagai penerima dekoder percuma boleh mendapatkan Dekoder DVB-T2 berharga lebih kurang RM187 di kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh negara serta boleh dibeli di lawan web Pensonic. Wakil Penjual adalah terlatih dan boleh memberikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangan sekiranya perlu.

Untuk menikmati tayangan daripada 13 jenis siaran TV berbeza serta lebih dari lima jenis saluran radio, pengguna perlu mengetahui dan memasang dekoder MyTV dalam kawasan liputan siaran MyTV di Malaysia. Mengetahui kawasan liputan dapat memudahkan pengguna dalam proses pemasangan dekoder dan penetapan kedudukan aerial UHF. Pemilihan isyarat juga perlu dilakukan dengan betul iaitu lebih 80% sekiranya ingin memperoleh siaran TV digital yang jelas.

Kawasan liputan siaran MyTV yang dahulu agak terhad kini merangkumi 98 peratus dari jumlah kawasan di seluruh negara setelah lebih 60 buah pencawang TV digital dibina sebagai alat pemancar. Maklumat berkaitan senarai Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan dapat digunakan sebagai rujukan buat para pengguna.

Kepada yang masih tertanya-tanya, MyFreeView TV adalah merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan. Ianya merupakan salah satu projek nasional yang bertujuan untuk menyediakan liputan siaran TV yang lebih jelas secara percuma. Dengan MyFreeView TV, pengguna dapat menikmati tontonan dalam bentuk siaran TV digital. Hanya sebuah dekoder (kecuali IDTV) serta aerial penerimaan UHF yang diperlukan bagi membolehkan para pengguna untuk menikmati siaran TV digital ini.

Senarai Kawasan Liputan Siaran MyFreeViewTV Atau MyTV Di Seluruh Negeri Di Malaysia

Kawasan liputan MyTV merangkumi sebahagian besar lokasi bagi setiap negeri di Malaysia kecuali negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya di mana seluruh negeri tersebut menjadi kawasan liputan MyTV. Berikut dikongsikan senarai Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia buat panduan semua:

Johor

BenutLayang-LayangBandar Tenggara
Gugusan Taib AndakKota TinggiUlu Tiram
KulaiSenai Pekan Nanas 
PontianKukupSkudai
Gelang Patah NusajayaTanjung KupangJohor Bahru
Seri AlamMasaiPasir Gudang
Batu PahatMuarBandar Tenggara

Selangor

GombakRawangBatu Arang
Bestari JayaTanjong KarangKuala Selangor
JeramPuncak AlamKelang
Sungai BulohSubangShah Alam
Petaling JayaKajangHulu Langat
SemenyihBeranangSerdang
BangiPuchongCyberjaya
DengkilSepangSungai Pelek
BantingSekinchanSungai Besar
Sabak BernamKuala Kubu Baru

Perak

ManjungLekirIpoh
Teluk IntanBagan DatohHutan Melintang
Sabak BernamLangkapKampong Gajah
BidorTapahKampar
GopengBatu GajahTanjung Tualang
ParitLamborTronoh
Seri IskandarBotaTanjung Malim
Slim RiverSungkaiBidor
Hutan MelintangTaipingKuala Kangsar
LarutMatangKerian
Ulu PerakPulau PangkorLumut
Sitiawan

Pulau Pinang

PenagaKepala BatasTasek Gelugor
GeorgetownPulau Pinang TimurSeberang Perai
Pulau TikusTanjung TokongTanjung Bungah
PraiBukit MertajamSimpang Ampat
ButterworthPermatang PauhSeberang Jaya

Kedah

Kuala KetilPadang SeraiKulim
Bukit SelambauSungai PetaniKota Kuala Muda
MerbokYanBedong
JitraJeniangSik
Kuala KedahAlor SetarKepala Batas
GurunKota Sarang SemutPendang

Pahang

RompinNenasiBandar Tun Razak
ChiniBt. IbamMuadzam Shah
Sri JayaMaranJengka
TriangChenorKuala Krau
TemerlohMentakabKarak
GambangPekanBentong
Sungai PancingBukit GohCherating
KuantanBalokGebeng

Terengganu

Geliga (Chukai)SetiuDungun
Kuala BerangAjilBukit Payong
Kedai BuluhKelulutMarang
BesutBatu RakitChalok
Kuala TerengganuGong Badak

Kelantan

Pasir PutihKeterehPasir Mas
Tanah MerahKuala KraiBachok
MachangMelorKota Bharu
Tumpat

Sabah

Batu PutihSentosaKota Kinabatangan
AndrassyPulau KanioganSepilok
Pulau SebatikTanjung Batu LautTawau
TuaranSulamanKota Belud (sebahagian)
TamparuliKarambunaiSepangar
Pulau GayaLikasInanam
Kota KinabaluPenampangKinarut
Kuala PenyuMembakutPapar

Sarawak

SibuOyaBalingian
MukahDalatSelangau
KarapBeluru Lutong
MiriMarudiBekenu
BayongBintangorSarekei
Petra JayaAsajayaSebangan
RampangiSantubongKuching
SiburanKota SentosaKota Samarahan
BauLunduSematan

Negeri Sembilan

Rembau (sebahagian)Port Dickson (sebahagian)Senawang (sebahagian)
Seremban (sebahagian)TampinLenggeng
NilaiLabuMantin

Melaka

Seluruh MelakaTampinJasin

Kuala Lumpur

Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Putrajaya

Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya

Perlis

Sebahagian Negeri Perlis

Info Lanjut

Peta Kawasan Liputan Siaran DTT