Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang Online

Memiliki rumah sendiri adalah idaman semua. Rumah merupakan sebuah aset yang penting dalam kehidupan. Sedar akan kepentingan ini, kerajaan persekutuan wujudkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat memiliki rumah. Antaranya ialah PR1MA, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan banyak lagi. Terdapat juga inisiatif daripada kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat memiliki rumah. Sebagai contoh kerajaan negeri Pahang telah mengumumkan inisiatif bantuan terbuka kepada rakyat negeri Pahang terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Inisiatif bantuan tersebut dinamakan Program Perumahan Awam Negeri Pahang Darul Makmur.

Program yang diselia dibawah kerajaan negeri ini memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang yang layak untuk memiliki rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah. Permohonan boleh dibuat secara atas talian jika pemohon menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Untuk Projek Perumahan Kos Rendah, ia akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara yang juga merupakan pelaksana utama projek-projek PPR seluruh Malaysia. Projek Perumahan Kos Sederhana pula akan dilaksanakan oleh pemaju swasta.

Kerajaan negeri Pahang telah menetapkan syarat kepada pemaju swasta untuk Projek Perumahan Kos Sederhana Rendah untuk setiap pembangunanan tanah yang melebihi 5 ekar yang digunakan untuk pembangunan bercampur dan 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina adalah perumahan kos sederhana. Selain itu, kerajaan negeri Pahang juga telah menetapkan bahawa projek rumah ini akan dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu. Kerajaan negeri berharap usaha ini dapat meringankan beban rakyat dan mampu membantu golongan yang benar-benar memerlukan sekaligus dapat meningkatkan kadar pemilikan rumah oleh rakyat.

Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana Rendah Negeri Pahang Secara Online

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Semoga dapat membantu rakyat negeri Pahang dalam membuat permohonan program rumah kos rendah ini:

Syarat Permohonan Projek Rumah Kos Rendah Dan Sederhana Rendah Negeri Pahang

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan keutamaan adalah diberikan kepada rakyat Pahang
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak mempunyai tanah atau rumah atau kedua-duanya yang didaftarkan atas nama mereka
  • Pemohon tidak mendaftarkan nama dalam mana-mana Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan kerajaan
  • Telah menetap di Pahang secara terus selama tidak kurang daripada lima tahun
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran sebelum ini kerana memberi keterangan palsu
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah atau kos sederhana rendah
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan;
    • Perumahan kos rendah
      • Berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
      • Belum berkahein tetapi berumur 35 tahun ke atas
    • Perumahan kos rendah/kos sederhana rendah (Swasta)
      • Pemohon berumur 18 tahun ke atas

Cara Membuat Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Kos Sederhana Rendah Pahang

Terdapat dua jenis permohonan yang boleh dipilih oleh pemohon mengikut kelayakan dan kehendak pemohon. Kedua-duanya boleh dibuat secara online melalui pautan di bawah:

  1. Layari pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan pendaftaran

PERMOHONAN PROJEK PERUMAHAN AWAM PAHANG

2. Pilih menu permohonan dan pilih rumah kos rendah dan sederhana rendah

3. Sila masukkan no kad pengenalan lama/no tentera atau polis/no kad pengenalan baru kemudian tekan butang semak

Cara Membuat Semakan Pendaftaran Online Perumahan Awam Pahang

  1. Layari pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan:

SEMAKAN PENDAFTARAN PERUMAHAN AWAM PAHANG

2. Sila masukkan no kad pengenalan lama/no tentera atau polis/no kad pengenalan baru kemudian tekan butang semak

Arahan Membuat Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana Rendah Pahang

  • Pastikan pemohon melepasi syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses
  • Pastikan bahagian yang bertanda * wajib diisi
  • Sila klik butang simpan setelah selesai mengisi borang
  • Pemohon boleh mengemaskini borang selagi tidak menekan butang hantar permohonan. Jika sudah lengkapkan borang, tandakan ruangan pengakuan dan tekan butang hantar permohonan
  • Sila cetak slip penerimaan pendaftaran dan hantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan dibuat. Kemudian hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah. Tekan pautan dibawah untuk melihat lokasi untuk penghantaran dokumen:
  • Alamat untuk menghantar dokumen yang diperlukan

Jenis Dan Spesifikasi Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah Pahang

TERESPANGSA
RM 70,000-RM 90,000 per unitRM 80,000 per unit
20′ x 60′ (800 kaki persegi)1,100 kaki persegi
3 bilik tidur dan 2 bilik air3 bilik tidur dan 2 bilik air

Spesifikasi binaan berdasarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Sederhana Rendah

  • Slip penerimaan pendaftaran ePerumahan
  • Satu salinan sijil kelahiran pemohon
  • Dokumen bukti menetap di Pahang/surat pengesahan bermastautin di Pahang daripada JKKK/Penghulu
  • Satu salinan MyKad atau kad pengenalan pemohon
  • Satu salinan slip gaji/surat pengesahan pendapatan daripada JKK atau penghulu
  • Surat akuan sumpah

Hantar Permohonan

Semua salinan dokumen yang telah lengkap mestilah dihantar ke alamat dibawah dalap tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran:

Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan

Atau dimana-mana kaunter Perumahan, Pejabat Daerah dan Tanah

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:

Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Wisma Sri Pahang,
25503, Kuantan, Pahang.