Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Penggal 2 (P2) atau kini dikenali sebagai Semester 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2020 boleh mendapatkan keputusan STPM Penggal 2 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Oktober 2020. STPM merupakan peperiksaan pra-universiti yang diambil oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan daripada STPM boleh diguna pakai untuk kemasukan ke universiti awam atau swasta ke peringkat ijazah.
Setiap tahun, keputusan peperiksaan Penggal 2 (P2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Ogos, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan Penggal 2 STPM 2020 akan diumumkan keluar pada bulan Oktober.
SEMAKAN KEPUTUSAN SEMESTER 2 STPM 2020 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI (PENGGAL 2)
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STPM penggal 2 iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan Penggal 2 (P2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
![]() |
![]() |
TARIKH KEPUTUSAN STPM P2 2020 DIUMUMKAN | ||
Tarikh | Jam | |
19 Oktober 2020 | 10:00 pagi | |
Tarikh yang tepat (rasmi) akan diumumkan menerusi pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) . |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2020 PENGGAL 2 SECARA ONLINE |
Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 2 (P2) secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah. |
![]() |
![]() |
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta. |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2020 SEMESTER 2 SECARA SMS |
Semakan keputusan Semester 2 STPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut. |
Taip: STPM (jarak) RESULTP2 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888 |
Contoh: STPM RESULTP2 990527035321 SMS ke 15888 |