Permohonan Residensi Wilayah Online Rumah Mampu Milik

Rumah Mampu Milik Residensi Wilayah merupakan rumah mampu milik yang dibuka kepada golongan yang bekerja di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan sederhana. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang telah dilahirkan, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Pendapatan kasar bulanan untuk pemohon bujang pula mestilah tidak lebih RM 10,000 dan yang sudah berkahwin tidak lebih daripada RM 15,000.

Untuk pengetahuan semua, Residensi Wilayah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah sendiri dalam kalangan rakyat. Kerajaan sedar bahawa harga rumah pada masa kini sangat mahal dan sukar untuk dimiliki oleh golongan sederhana dan ke bawah. Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan beberapa skim perumahan yang boleh membantu rakyat memiliki rumah terutama ynag tinggal di bandar. Antara skim lain selain daripada Residensi Wilayah adalah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta Home, PR1MA, Rumah Mesra rakyat SPNB, Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dan banyak lagi yang terdapat di setiap negeri.

Menurut sumber, sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di sekitar wilayah persekutuan menjelang 2020. Daripada jumlah itu, 50,000 unit akan dibina di wilayah persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit pula akan dibina di wilayah persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit rumah mampu milik di bawah Residensi Wilayah yang akan dibina di sekitar wilayah persekutuan Labuan. Data terkini menunjukkan 31 projek telah dibuka untuk permohonan dimana 29 daripadanya di Kuala Lumpur dan 2 di Putrajaya.

Permohonan Rumah Mampu Milik Residensi Wilayah Secara Online

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan, syarat-syarat permohonan, dokumen sokongan yang diperlukan serta lain-lain maklumat yang diperlukan untuk Permohonan Residensi Wilayah. Sekiranya anda berminat dan layak untuk membuat permohonan sila rujuk info di bawah:

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Wilayah

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 21 tahun ke atas
  • Pemohon lahir/menetap/bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pemohon berpendapatan kasar bulanan bawah RM 10,000 untuk bujang dan RM 15,000 untuk yang telah berkahwin
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah di wilayah persekutuan
  • Suami atau isteri boleh memohon residensi wilayah di Wilayah Persekutuan akan tetapi hanya satu tawaran sahaja akan diberikan untuk setiap isi rumah
  • Rumah yang telah dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual selama 10 tahun tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja
  • Pemohon mestilah sudah berdaftar di portal Residensi Wilayah

Garis Panduan Permohonan Residensi Wilayah Online

Sila layari pautan di bawah untuk mengaktifkan borang pendaftaran:

PENDAFTARAN RESIDENSI WILAYAH ONLINE

I) Lengkapkan pendaftaran dengan melayari pautan di atas. Klik Saya Layak dan teruskan mengisi maklumat yang diperlukan kemudian tekan butang daftar

II) Jika projek telah dibuka, semua pemohon yang telah berdaftar kan dimaklumkan melalui email yang didaftarkan. Sila log masuk ke portal residensi wilayah dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan

III) Jika permohonan berjaya, pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut:
Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Penyata Gaji Terbaru Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
Penyata Gaji Terbaru Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
Salinan Bil Air
Salinan Bil Elektrik
Surat Pengesahan Majikan Pemohon
Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan
Surat Pengesahan Majikan Pasangan
Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran
Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)
Surat Akuan Sumpah (salinan asal)

IV) Jika permohonan layak untuk diundi, surat jemputan hadir proses pengundian akan di email. Jika tidak dapat hadir, kemukakan borang pelantikan proksi

V) Jika pemohon berjaya selepas proses pengundian, surat pengesahan akan diemel kepada pemohon

VI) Senarai nama pemohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang dilantik kemudian pemaju akan mengeluarkan surat tawaran pembelian. Kemudian pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon menduduki rumah yang dipohon

Surat akuan sumpah asli perlu dikemukakan atau permohonan tidak akan diterima

Sekiranya mempunyai masalah melengkapkan permohonan online, rujuk manual pengguna berikut:

MANUAL PENGGUNA PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH

Jenis Rumah Yang Ditawarkan

Secara umumnya, Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai ciri-ciri berikut:  serta dalam bentuk rumah berstrata

  1. Tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard
  2. Berbentuk rumah berstrata
  3. Harga Jualan maksimum sebanyak RM300,000
  4. Keluasan tidak kurang dari 900 kaki persegi

Info Penting Residensi Wilayah

  • Pemohon perlu membuat semakan status permohonan di Portal Residensi Wilayah dari semasa ke semasa
  • Bermula 23 Disember 2016, hanya 1 set borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diperlukan bagi projek Residensi Wilayah
  • Hanya satu permohonan diperlukan untuk tempoh setahun permohonan bermula dari tarikh dokumen pertama dihantar
  • Permohonan yang berstatus tidak berjaya bermaksud dokumen sokongan tidak lengkap. Semakan boleh dibuat melalui di Laman utama akaun pemohon serta komen urus setia
  • Permohonan yang berjaya perlu menyediakan deposit sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

I) Untuk maklumat lanjut mengenai Residensi Wilayah sila rujuk di bawah:

Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

  • Waktu urusan:
    • Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
    • Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
    • Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
    • Sabtu dan Ahad (Tutup)

II) Untuk maklumat lanjut mengenai Residensi Wilayah sila rujuk di bawah:

Urus Setia Residensi Wilayah DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur