Carta kedudukan pungutan pingat terkini Malaysia Sukan SEA 2023

Sukan SEA yang merupakan antara acara sukan yang berprestij dalam rantau ASEAN bakal dilangsungkan buat kali ke 32. Negara Kemboja (Cambodia) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara dwi-tahunan ini yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023. Edisi Sukan SEA kali ini memperlihatkan penganjuran sukan dan dipertandingkan di bandar utama Kemboja iaitu Phom Penh.

Ini merupakan kali pertama Kemboja berjaya menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA. Edisi kali ini dijadualkan berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei 2023 dengan jumlah keseluruhan 608 jenis acara permainan dan 37 sukan bakal dipertandingkan.

Pasukan Malaysia melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengumumkan sasaran kontinjen Malaysia yang akan dihantar pada Sukan SEA ke-32 adalah sebanyak 914 atlet dan pegawai (677 atlet dan 237 pegawai). Tuan rumah juga telah menggugurkan beberapa acara yang dikenali sebagai lubuk emas bagi kontinjen Malaysia sebelum ini.

Carta Kedudukan Pungutan Pingat Malaysia Terkini Di Sukan SEA 2023 Kemboja

Berikut merupakan carta kedudukan terkini Sukan SEA 2023 serta jumlah pingat yang dipungut sebagai rujukan semua:

sukan sea 2023

Acara pembukaan: 5 Mei 2023

Acara Penutup : 17 Mei 2023

Tuan Rumah: Kemboja

Tema: Sports Live In Peace

maskot sukan sea 2023

Maskot: Borey & Romdoul

Senarai Acara Yang Dipertandingkan Di Sukan Sea 2023

Senarai acara yang dipertandingkan di Sukan SEA 2023 adalah seperti berikut

AkuatikBola SepakGolfTerjun
Angkat BeratRenangGimnastikMemanah
BadmintonBoling PadangDancesportMenembak
Bola TamparBola Tampar PantaiJudoMuay Thai
Bola KeranjangBiliardKarateOlahraga
KurashPencak SilatPetanquePing Pong
TriatlonSepak TakrawCaturBoling
TinjuWushuBerbasikalTaekwando
MendayungTennisKanuSepak Tinju
e-SportsLawan PedangVovinamJujitsu
XiangqiBina Badan

Carta kedudukan Sukan SEA 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Carta Kutipan Pingat Terkini Mengikut Negara Di Sukan SEA 2023

Negara EmasPerak GangsaJumlah
Vietnam
136
105
118
359
Thailand
108
96
108
312
Indonesia
87
80
109
276
Kemboja
81
74
127
282
Filipina
58
85
117
260
Singapura
51
43
64
158
Malaysia
34
45
96
175
Myanmar
21
25
68
114
Laos
6
22
60
88
Brunei
2
1
6
9
Timor Leste
0
0
8
8
Jumlah5845768812041

Kedudukan Setakat

Hari Rabu, 17 Mei 2023 : 1000PM