PAJSK Online KPM Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) satu pentaksiran yang dijalankan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. PAJSK ini amat penting kerana untuk kemasukan ke universiti awam 10% merit akan dikira. Selain itu, ia juga diguna sebagai merit kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Dahulunya aktiviti kokorikulum tidak begitu penting di sekolah namun dengan adanya PAJSK ini kokorikulum di sekolah menjadi penting selain daripada akademik pelajar.

Pihak sekolah diwajibkan untuk mengemas kini data PAJSK pelajar secara atas talian (online). Sistem ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan guru mengemas kini data para pelajar dengan mudah. Sistem ini telah dibangunkan bagi kemasukan prestasi berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu. Oleh itu, pelajar perlu kekal aktif di sekolah dengan menyertai apa-apa sukan atau persatuan bagi menambahkan markah dalam PAJSK.

Antara kebaikan pelaksanaan PAJSK ini adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif bersukan dan juga berpersatuan dan dalam masa yang sama melahirkan pelajar yang bijak akademik. Disebabkan saingan dari segi akademik semakin sengit, KPM telah meletakkan syarat tambahan untuk kemasukan ke SBP atau MRSM di peringkat sekolah dan kemasukan ke universiti. Selain itu, pihak pemberi biasiswa seperti MARA atau JPA juga akan melihat penglibatan dalam aktiviti kokorikulum selain daripada kecemerlangan akademik.

Login PAJSK Online Sekolah Rendah Dan Menengah (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum)

Berikut dikongsikan cara untuk login ke PAJSK untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Turut disertakan adalah beberapa info penting berkaitan PAJSK:

Cara Untuk Log In Ke Sistem PAJSK

  1. Sila layari pautan di atas
  2. Sila pilih kategori sekolah menengah atau sekolah rendah
  3. Kemudian pilih kategori pengguna
  4. Sila masukkan ID pengguna dan kata laluan

Modul PAJSK

Berikut adalah penerangan ringkas tentang modul yang terdapat dalam PAJSK yang terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Ujian segak-Merupakan satu ujian standard ke atas pelajar bagi mengukur tahap kecerdasan dan kecergasan fizikal pelajar berdasarkan tahap kesihatan
  2. Kokurikulum-Menilai penyertaan, penglibatan dan prestasi pelajar dalam kelab, pasukan beruniform dan sukan permainan
  3. Ekstra kurikulum-Menilai dan memberi markah kepada pelajar yang aktif dalam kegiatan sukarela di luar waktu persekolahan

Tarikh Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3

BUKA : 13 Disember 2018
TUTUP : 31 Disember 2018

  • Pihak sekolah perlulah mengisi data dengan tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Sebarang rayuan setelah tarikh tersebut tidak akan dilayan
  • Data pentaksiran kokurikulum dan ekstra kurikulum bagi murid tahun 6 dan tingkatan 3 untuk sesi November 2018 akan digunakan untuk pelaporan pentaksiran peringkat kebangsaan
  • Sebarang penglibatan murid selepas tarikh tersebut, markah boleh dikemas kini mengikut pencapaian murid sebelum 31 Disember 2018