Semua calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 pada tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan MUET Result 2023 masing-masing dijangka pada satu tarikh yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
Setiap tahun, keputusan MUET setiap sesi akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di Portal Rasmi MPM dan Laman Facebook Rasmi MPM.
Semakan Keputusan MUET 2023 Sesi 1, 2 & 3 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan setiap sesi iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.
Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.
Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 tahun 2023.
Sesi 1 2023
Tarikh : 8 Jun 2023
Waktu: 10 Pagi
Sesi 2 2023
Tarikh : 6 September 2023
Waktu: 10 Pagi
Sesi 3 2022
Tarikh : 12 Januari 2023
Waktu: 10 Pagi
Cara Semakan Keputusan MUET 2023 Secara Online
Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) tahun 2023 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.
Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Cara Semakan Keputusan Secara SMS
Semakan keputusan Ujian Muet melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.
- Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
- Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888
Pengumuman Rasmi MPM
Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan.
Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00.
Untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan, sila klik pada judul pautan di bawah