Login SSDM Sistem Sahsiah Diri Murid

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan penambah baikkan daripada Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang sebelum ini diguna pakai. Sistem sebelum ini hanya boleh merekod masalah disiplin murid sahaja. Hasil kajian dan maklum balas guru-guru, SSDM telah diwujudkan dengan mengambil kira amalan baik dilakukan pelajar juga akan direkodkan untuk dimasukkan ke dalam sistem. Dengan wujudnya SSDM kita dapat membentuk sahsiah diri pelajar dengan baik untuk melahirkan rakat yang tinggi budi pekerti di masa akan datang.

Kerja-kerja merekod SSDM dilakukan secara online sahaja. Ia merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan pihak sekolah merekod maklumat salahlaku disiplin pelajar. Pelaksanaan SSDM melalui online secara tidak langsung dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif di mana dapat membantu melicinkan urusan di semua peringkat dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat pelajar berkaitan dengan salah laku dan mereka perlu telus ketika mengisi maklumat murid-murid.

Tujuan penambah baikkan SSDM ini adalah untuk memastikan murid yang melakukan kesalahan bukan hanya mendapat hukuman sahaja malah boleh mendapat bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk membuat rujukan untuk kegunaan akan datang. SSDM telah ditambah baik dengan memberi akses kepada guru, guru disiplin dan guru besar untuk tujuan laporan dan tindakan hukuman. Selain itu amalan sahsiah baik juga boleh direkodkan menerusi sistem ini.

Log In SSDM Sistem Sahsiah Diri Murid KPM Untuk Guru Sekolah

Berikut dikongsikan cara untuk log in ke sistem SSDM. Turut dikongsikan beberapa info penting berkaitan SSDM sebagai panduan semua:

Cara Log In Sistem SSDM

Log In Sistem SSDM

Berikut merupakan cara-cara untuk log in sistem SSDM:

  1. Klik pada pautan seperti di atas
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang masuk
  3. Pilih menu dan kemas kini boleh dilakukan

Senarai Guru Yang Boleh Log In SSDM

  1. Guru Biasa
  2. Ketua Guru Disiplin
  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling
  4. Penolong Kanan HEM
  5. Guru Besar atau Pengetua

Cara Merekod Kes Salah Laku

  1. Kes salah laku pelajar akan dikemas kini oleh guru kr sistem SSDM KPM
  2. Siasatan dijalankan oleh guru penolong kanan HEM dan guru disiplin, jika benar terdapat kesalahan dilakukan hukuman akan dicadangkan
  3. Guru besar atau pengetua berhak untuk menukar hukuman dan mengesahkan hukuman pelajar
  4. Ketua guru disiplin atau guru penolong kanan HEM hanya boleh melaksanakan hukuman setelah mendapat pengesahan dari guru besar atau pengetua
  5. Ibu bapa pelajar akan dimaklumkan oleh pembantu pejabat
  6. Pelajar yang terlibat perlu menjalani sesi kaunseling bersama guru kaunseling

Cara Merekod Amalan Baik/Sahsiah Pelajar

  1. Guru mengemas kini ke dalam sistem SSDM
  2. Status sahsiah pelajar akan diproses oleh sistem SSDM dan markah diperoleh oleh pelajar

Manual Pengguna Mengikut Kategori

Berikut merupakan manual pengguna mengikut kategori pengguna:

BAHAN PANDUANPENERANGAN
Manual Pengguna – SekolahCara penggunaan SSDM online kategori peringkat sekolah
Manual Pengguna – PPDCara penggunaan SSDM online kategori PPD
Manual Pengguna – JPNCara penggunaan SSDM online kategori JPN
Manual Pengguna – BPSHCara penggunaan SSDM online oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM
Slide Latihan Pengguna SekolahCara penggunaan SSDM online dalam format powerpoint