Semakan Keputusan MUET On Demand 2024 Online

Antara syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta adalah pemohon perlu untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat Band tertentu yang disyaratkan. Peperiksaan MUET dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Peperiksaan MUET merupakan satu bentuk penilaian penguasaan Bahasa Inggeris pelajar berdasarkan empat komponen iaitu lisan (speaking), penulisan (writing), bacaan (reading) dan pendengaran (listening). Setiap tahun peperiksaan MUET akan diadakan sebanyak tiga kali iaitu sesi 1, 2 dan 3. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman sesawang rasmi MPM pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut kalendar peperiksaan MUET.

Selain daripada tiga sesi peperiksaan MUET seperti yang telah ditetapkan, MPM juga turut mengadakan MUET on Demand (MoD) bagi pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET di luar tarikh kalender peperiksaan MUET. Peperiksaan MoD juga dijalankan secara Computer Based-Test dan juga secara Paper Based-Test. MPM akan memaklumkan kepada umum melalui laman sesawang rasminya tentang tarikh peperiksaan MoD. Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MoD boleh membuat permohonan seperti biasa pada tarikh yang telah ditetapkan.

Langkah-langkah membuat pendaftaran MoD adalah sama seperti membuat pendaftaran MUET. Calon dikehendaki membawa slip pendaftaran peperiksaan MUET sebagai rujukan ketika peperiksaan sedang dijalankan. Calon dikehendaki membuat persediaan sendiri sebelum menduduki peperiksaan. Pihak MPM tidak mengendalikan sebarang kelas persediaan untuk menghadapi peperiksaan MUET mahu pun MoD. Tarikh keputusan peperiksaan MUET dan MoD akan dimaklumkan oleh pihak MPM dan semakan juga boleh dilakukan secara atas talian.

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) 2023 ONLINE

Berikut dikongsikan cara dan tarikh membuat semakan keputusan MUET On Demand (MoD) secara online tahun 2024. Turut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting MUET mengikut sesi:

KAEDAH CARA MEMBUAT SEMAKAN MoD

Semakan MoD 2023

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan keputusan MoD 2024

  1. Klik pada pautan seperti di atas
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang hantar

JADUAL KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) 2024

Tarikh keputusan MUET on Demand bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

JANUARIFEBRUARIMAC
8.02.2024/ 9.02.2024
7.03.2024/ 8.03.2024
4.04.2024/ 5.04.2024
APRILMEIJUN
17.05.2024
10.06.2024/ 11.06.2024
12.07.2024/ 12.07.2024
JULAIOGOSSEPTEMBER
9.08.2024/12.08.2024
22.08.2024
27.9.2024/ 30.09.2024
OKTOBERNOVEMBERDISEMBER
24.10.2024/ 25.10.2024
5.12.2024/6.12.2024
30.12.2024/30.12.2024

Semua tarikh keputusan MUET on Demand adalah tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MoD sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut. Turut disertakan juga adalah pautan muat turun jadual peperiksaan MUET yang lengkap:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my