Keputusan bola sepak sukan asia 2018 jadual carta Malaysia

Untuk makluman, FAM telah mengumumkan skuad bola sepak negara tidak akan menghantar wakil ke kejohanan Sukan Asia 2023 untuk memberi keutamaan kepada kelayakan Piala Dunia b-23 2024. Di bawah adalah maklumat berkaitan Sukan Asia 2018 untuk makluman semua. Datuk Ong Kim Swee dan skuad bawah 23 kendaliannya akan  menghadapi tugas getir dalam mengharungi Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Indonesia (Jakarta-Palembang). Untuk acara bola sepak perlawanan pertama akan bermula pada 14 Ogos 2018 sehingga 1 September 2018. Pasukan negara telah mempersiapkan pasukan untuk bertahan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi kehebatan pasukan hebat dari negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan lain-lain. Negara-negara ini antara kuasa besar bolasepak Asia.

Pada edisi kali ini, Malaysia telah diundi bersama dalam kumpulan E dengan juara bertahan iaitu Korea Selatan. Selain daripada Korea Selatan negara kita juga diundi bersama dengan Kyrgyzstan dan juga Bahrain. Pencapaian terbaik negara adalah ketika Sukan Asia 1962 di Jakarta dengan memperoleh pingat gangsa dan juga ketika edisi di Tehran, Iran pada tahun 1974.

Malaysia telah mensasarkan untuk berada sekurang-kurangnya di pusingan suku akhir. Keputusan dibuat berdasarkan keputusan semasa skuad Harimau Muda negara yang cemerlang pada kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari lepas. Pada kejohana itu, Malaysia berada di kedudukan lapan terbaik dan ini merupakan suata petanda baik buat skuad negara. Oleh itu, rakyat diseru untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara.

Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2018

Berikut dikongsikan carta kedudukan pasukan setiap negara serta lain-lain info penting berkaitan perkembangan bola sepak di Sukan Asia 2018. Keputusan setiap perlawanan akan dikemas kini dari semasa ke semasa:

Info Bola Sepak Malaysia Sukan Asia 2018

Sasaran : 16 Pasukan Terakhir
Tarikh : 14 Ogos hingga 1 September 2018

Jadual Dan Keputusan Bola Sepak Malaysia Sukan Asia 2018

InfoPengemaskinian keputusan hanya membabitkan skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia bermula dengan saingan peringkat kumpulan dan seterusnya.

Pusingan Kedua Peringkat Kalah Mati

16 Pasukan :  23 & 24 Ogos 2018
Suku Akhir :  27 Ogos 2018
Separuh Akhir :  29 Ogos 2018
Final : 1 September 2018

Senarai Pasukan Kumpulan E

  • Malaysia
  • Korea Selatan
  • Kyrgyzstan
  • Bahrain

 Carta Keputusan Kumpulan E Sukan Asia 2018

TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
15 Ogos5:00PMMalaysia3 – 1Kyrgyztan
17 Ogos8:00PMMalaysia2 – 1Korea Selatan
20 Ogos8:00PMMalaysia 2 – 3Bahrain
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Malaysia320175+26
Korea Selatan320182+66
Bahrain3111510-54
Kyrgyzstan301236-31

Carta Dan Keputusan Perlawanan Peringkat Kalah Mati

PUSINGAN 16
SUKU AKHIR
SEPARUH AKHIR
FINAL JUARA
23 Ogos 500pm
Palestin0
26 Ogos (AET)
Syria1
Syria0
23 Ogos 830pm
Vietnam1
Vietnam1
29 Ogos
Bahrain0
Vietnam1
23 Ogos 500pm
Korea Selatan3
Uzbekistan3
26 Ogos (AET)
Hong Kong0
Uzbekistan3
23 Ogos 830pm
Korea Selatan4
Iran0
1 September AET
Korea Selatan2
Korea Selatan2
24 Ogos 500pm
Jepun1
China3
27 Ogos
Arab Saudi4
Arab Saudi1
24 Ogos, 830pm
Jepun2
Malaysia0
29 Ogos
Jepun1
Jepun1
24 Ogos 500pm
UAE0
TEMPAT KE-3
Indonesia2(3)
27 Ogos1 September
UAE2(4)
UAE1 (5)Vietnam1 (3)
24 Ogos 830pm
Korea Utara1 (3)UAE1 (4)
Bangladesh1
Korea Utara3

Keputusan Kedudukan Akhir Pasukan Bola Sepak Sukan Asia 2018

Emas : Korea Selatan

Perak :  Jepun

Gangsa : UAE