Pingat SUKMA 2022 carta kedudukan pungutan terkini Sukan Malaysia

Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan sebuah temasya sukan yang dianjurkan dua tahun sekali yang melibatkan para atlet dari 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia serta negara jemputan Brunei. Acara yang gilang gemilang ini dikawal oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan Sukan kebangsaan acara sukan yang dipertandingkan. Untuk edisi SUKMA ke-20 kali ini, seramai 6600 atlet dan parap pegawai telah mendaftar dan akan terlibat pada acara kali ini. Acara yang kali pertama dipertandingkan pada tahun 1983 ini masih lagi membawa misi yang sama dalam melahirkan lebih ramai atlet di masa akan datang.

SUKMA ke-20 ini akan diadakan di sekitar Lembah Klang dan juga Pulau Langkawi untuk acara pelayaran. Acara pembukaan akan berlangsung pada 17 September 2022 dan acara penutup pula akan melabuhkan tirai pada 24 September 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Maskot yang akan digunakan pada temasya SUKMA kali ini adalah Harimau Malaya bersempena dengan ikon haiwan Negera Malaysia. Maskot tersebut diberi nama “Oyen” merupakan panggilan yang mudah untuk diingati dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Sejarah kewujudan SUKMA telah diilhamkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 dipertandingkan bertujuan untuk bantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan. Pada edisi kali ini, sebanyak 31 acara telah dipertandingkan. Kesemua negeri yang terlibat akan merebut 426 pingat emas yang dipertandingkan dan merebut gelaran juara keseluruhan untuk edisi SUKMA ke-20 ini.

Carta Kedudukan Pingat SUKMA 2022 Ke-20

Berikut kami kongsikan carta kedudukan pingat untuk temasya sukan malaysia sukma 2022 ini. Juara keseluruhan dikira melalui negeri kontinjen yang memiliki pungutan pingat emas terbanyak akan bergelar juara diupacara penutup nanti:

sukma

Sukan Malaysia Ke-20 MSN

Acara pembukaan: 17 September 2022

Acara Penutup : 24 September 2022

Tuan Rumah: Lembah Klang dan Pulau Langkawi

Tema: #DemiMalaysia

Maskot: Harimau Malaya bernama “Oyen”

Senarai Acara Yang Dipertandingkan Di Sukan Malaysia 2022

AkuatikBola SepakGolfKriket
Angkat BeratFutsalGimnastikMemanah
BadmintonKanuHokiMenembak
Bola BalingBola JaringJudoMuay
Bola KeranjangGimramaKarateOlahraga (Balapan)
Olahraga (Padang)Pencak SilatPetanquePetanque
RagbiSepak TakrawSkuasyTenpin Boling
TinjuWushuBerbasikale-Sports

Carta Kutipan Pingat Atlet Sukan Malaysia 2022

*Kedudukan Pingat Dikemaskini pada 24 September 2022, jam 1000 pagi

Negeri EmasPerak GangsaJumlah
Johor
77
52
43
172
Terengganu
64
49
56
169
W. Persekutuan
55
68
64
187
Sarawak
32
43
52
127
Selangor
31
55
44
130
Sabah
30
29
39
98
Penang
30
28
42
100
Perak
27
28
46
101
Pahang
22
21
27
70
N. Sembilan
19
6
28
53
Melaka
17
11
23
51
Kedah
16
17
30
63
Perlis
6
7
10
23
Kelantan
3
8
10
21
Brunei
0
2
2
4
Jumlah4294245161369

Atlet Wanita Terbaik : Tan Rouxin, Johor (Renang)

Atlet Lelaki Terbaik : Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize, Johor (Kanu)

Juara SUKMA 2022 : Johor

Raja Pecut SUKMA 2022 & Ratu Pecut

Muhammad Azeem Fahmi menetapi jangkaan apabila muncul Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 dengan mengungguli perlumbaan akhir 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada petang 16 September 2022.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s). Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Rekod temasya masih dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan yang mencatat 10.18s ketika melakukannya pada Sukma 2016 di Sarawak.

Azeem pula memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia bulan Ogos yang lalu.

Atlet dari Pahang, Nor Sarah Adi pula dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 selepas meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) wanita, pada hari yang sama.

Nor Sarah melakukan catatan 11.91 saat (s) dengan larian penuh dominasi tanpa dapat dicabar pelari lain pada aksi final itu.

Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling meraih perak dengan catatan 12.08s, sementara gangsa milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10s)

Rekod SUKMA dipegang atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias dengan catatan 11.81s pada edisi 2018 di Perak. Bagaimanapun, dia tidak layak beraksi kali ini kerana pernah berlumba di Sukan Olimpik tahun lalu.

Rekod kebangsaan masih lagi dipegang G Shanti yang melakukan catatan 11.50 saat pada 1993 di Kuala Lumpur.

Related : menteri besar, sukma xx, negeri sembilan, sukan malaysia sukma 2022, shah alam, kontinjen negeri, 16 hingga 24 september, msn 2022, sukan malaysia sukma ke-20, bukit jalil,