Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan menerbitkan perincian jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 tidak lama lagi. LPKPM merupakan salah satu daripada jabatan di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). LPKPM merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan secara berpusat. Antara fungsi utama LPKPM adalah mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Selain itu, ia juga berperanan mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan berkaitan peperiksaan.
SPM merupakan salah satu peperiksaan yang dikendalikan oleh LPKPM. Setiap tahun LPKPM akan mengeluarkan jadual serta tarikh peperiksaan SPM daripada awal hingga akhir peperiksaan. Selain itu, LPKPM juga akan merangka dan menguatkuasakan peraturan-peraturan peperiksaan SPM. Jadual waktu dan peraturan peperiksaan akan dibukukan kemudian diedarkan ke seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. Terdapat dua jenis peperiksaan SPM iaitu peperiksaan lisan dan juga bertulis. Pelajar diminta untuk merujuk pihak sekolah berkaitan jadual rasmi peperiksaan SPM bagi mendapatkan tarikh peperiksaan SPM yang tepat.
Jadual waktu peperiksaan SPM berkenaan adalah untuk semua calon sekolah mahupun calon persendirian individu di seluruh negeri. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tarikh yang telah dijadual berlangsung. Calon juga boleh membaca peraturan-pertaturan peperiksaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan sebagai persediaan awal bagi pelajar.
![]() |
KPM mengumumkan Peperiksaan SPM 2020 Sesi Kedua akan dijalankan bermula 6 hingga 23 April 2021. |
Sesi ini adalah khas bagi calon SPM 2020 yang disahkan positif Covid-19 atau diarahkan untuk kuarantin oleh KKM sepanjang tempoh 22 Februari hingga 25 Mac 2021. |
![]() |
Mulai Isnin depan, waktu mula peperiksaan SPM 2020 pada sesi petang akan dilewatkan selama 15 minit ke pukul 2.15 petang. Pindaan jadual masa ini bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang. Pindaan ini akan berkuat kuasa sehingga tamat peperiksaan SPM 2020 pada 25 Mac 2021. |
![]() |
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mencegah penularan wabak Covid-19 telah mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)-Bertulis 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 16 November hingga 7 Disember 2020 akan ditunda pada 6 Januari hingga 9 Februari 2021. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2020 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk kepada ruangan butiran maklumat di bawah. Berikut disediakan Jadual Waktu SPM 2020 sebagai rujukan.
![]() |
![]() |
TAKWIM TARIKH PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2020 | ||
Peperiksaan | Jenis | Tarikh |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Lisan | |
Bertulis |
|
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2020 |
Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judual pautan di bawah. Berikut adalah jadual SPM bagi tahun 2020 sebagai rujukan |
22, 23, 24, 25 Februari & 1 Mac 2021 |
![]() |
2 & 3 Mac 2021 |
![]() |
8, 9, 10 & 15 Mac 2021 |
![]() |
16 & 17 Mac 2021 |
![]() |
18 & 22 Mac 2021 |
![]() |
22, 24 & 25 Mac 2021 |
![]() |
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2020 (SESI KEDUA) |
6 hingga 23 April 2021 |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() |
![]() |