Cara Isi e-Filling Borang Online Cukai Pendapatan

Cukai merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana negara di seluruh dunia. Cukai dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara. Cukai yang dikenakan berbeza mengikut negara masing-masing dan bergantung kepada pemerintah sesebuah negara. Kebiasaannya terdapat lebih daripada satu cukai dikenakan ke atas individu atau syarikat yang dikenakan kerajaan. Di Malaysia, antara contoh cukai yang dipungut adalah cukai pintu, cukai pendapatan, cukai jualan & perkhidmatan dan banyak lagi. Hasil daripada pungutan cukai diamanahkan kepada pemerintah untuk memajukan sesebuah negara.

Cukai pendapatan adalah cukai tahunan yang dikenakan ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji. Ada dua jenis cukai pendapatan iaitu cukai pendapatan peribadi yang dikenakan ke atas individu, isi rumah, perkongsian dan milikan tunggal. Jenis cukai yang lain adalah cukai perbadanan yang dikenakan ke atas syarikat. Di Malaysia untuk mengira cukai pendapatan kita menggunakan sistem pentaksiran sendiri. Dalam sistem ini setiap individu yang memenuhi syarat hendaklah mengisi dan menyerahkan borang taksiran secara online melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Melalui sistem ini, individu yang dikenakan cukai perlu mengisytiharkan pendapatan tahunan mereka penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai yang diperoleh tahun sebelumnya. Kemudian sistem ini akan memaparkan secara automatik jumlah pendapatan bercukai dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar. Sistem ini telah dilaksanakan bagi memudahkan pembayar cukai mengetahui jumlah cukai yang perlu dibayar. Segala dokumen dan borang hanya perlu diisi secara online. Ini dilihat mendapat pujian orang ramai kerana tidak perlu lagi isi secara manual seperti diamalkan sebelum ini.

Cara Isi e-Filling Bagi Pengiraan Dan Penghantaran Borang Cukai Pendapatan LHDNM Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk mengisi e-borang bagi memudahkan pengguna semua. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Langkah Isi e-Filing Online

Log Masuk

1) Sila layari pautan di bawah untuk log masuk:

Laman Web ezHasil

Laman web utama LHDN

2) Pengguna mestilah mengaktifkan no pin empat digit terlebih dahulu untuk pengguna kali pertama. No pin boleh didapatkan di kaunter LHDN

3) Jika selesai mendaftar untuk pengguna kali pertama sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan seperti yang telah ditetapkan.

e-Borang

1) Skrin perkhidmatan akan dipaparkan sekiranya anda telah berjaya log masuk ke sistem ezHASIL

2) Sila klik pautan e-borang yang terdapat pada menu e-filing. Kemudian anda akan mendapati paparan skrin seperti di bawah:

3) Kemudian sila pilih jenis borang yang dikehendaki dan klik pada tahun taksiran yang diinginkan

4) Sistem akan memaparkan skrin borang e-BE. Maklumat yang boleh didapati melalui borange-BE adalah maklumat individu, Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai dan juga rumusan

Maklumat Individu

1) Sila isikan semua maklumat yang diperlukan. Bagi ruangan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang wajib diisi

2) Untuk penerangan tentangborang BE sila klik butang nota penerangan BE. Sila tekan butang English untuk tukar bahasa

Pendapatan Berkanun

1) Jumlah pendapatan, pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan dan maklumat gaji akan dipaparkan pada skrin pendapatan berkanun ini. Sila isi maklumat yang diperlukan di ruang yang disediakan

2) Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk pelepasan cukai di ruangan pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai. Untuk maklumat lanjut, sila tekan butang simbol ‘info’

Rumusan

1) Pada skrin ini, pengguna dapat melihat sama ada anda mempunyai Lebihan Bayaran atau Baki Cukai Kena Dibayar melalui paparan rumusan. Maklumat lain seperti jumlah pendapatan juga boleh disemak. Kemudian sila tekan butang teruskan jika sudah selesai di skrin ini

Akuan

1) Terdapat tiga menu utama padaskrin ini iaitu cetak draf borang untuk mencetak draf borang dalam file pdf. Butang kembali untuk kembali ke skrin terdahulu dan butang tanda tangan dan hantar untuk menghantar e-borang

Tandatangan Dan Hantar Borang

1) Sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan kemudian tekan butang tanda tangan untuk menghantar borang

Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan

1) Terdapat tiga butang pada skrin ini, iaitu butang simpan dan cetak pengesahan, butang simpan dan cetak e-BE dan butang keluar

Info Lanjut

Terdapat dua jenis pembayar cukai:

  1. Pembayar cukai yang telah mendaftar sijil digital. Anda boleh melayari laman web ezHasil untuk log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda
  2. Pembayar cukai yang belum mendaftar sijil digital. Anda perlu membuat pendaftaran sijil digital bagi mendapat no pin untuk log masuk portal ezHasil. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH). Sila bawa dokumen seperti di bawah:

Borang CP55B yang lengkapSalinan kad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat

Borang 49 sekiranya Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat

Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat

Klik LinkCawangan LHDNM Seluruh Malaysia

Klik LinkLokasi UTC (Pusat Transformasi Bandar)