Senarai biasiswa dan pinjaman pendidikan lepasan SPM 2025/2026

Saat keputusan peperiksaan SPM diumumkan menandakan bermulanya halaman baru dalam kehidupan para pelajar. Masing-masing mempunyai halatuju dan perancangan sendiri dalam menempuhi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk terus bekerja tetapi kebanyakan pelajar akan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menyediakan pelbagai jenis kursus pembelajaran bagi pelajar lepasan SPM. Namun begitu, pendidikan di peringkat kolej atau universiti memerlukan kos yang agak tinggi terutamanya jika para pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kos perbelanjaan termasuklah yuran tuisyen dan pengajian/ semester, yuran hostel atau duit sewa rumah, peralatan alat tulis, duit minyak kenderaan serta keperluan asas seperti makan, minum dan pakaian.

Oleh itu, demi membantu meringankan beban para pelajara lepasan SPM yang secara umumnya tiada punca pendapatan sendiri, terdapat banyak biasiswa (scholarships) dan pinjaman pendidikan yang disediakan dari pelbagai pihak selain Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Biasiswa-biasiswa ini bukan sahaja membekalkan tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam negara malah banyak juga yang menaja pelajar untuk mendapatkan pendidikan di luar negara.

Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Yang Boleh Dipohon Oleh Pelajar Lepasan SPM 2025/2026

Pasti ramai pelajar lepasan SPM 2024 terutamanya yang memperoleh keputusan cemerlang yang mencari biasiswa untuk membantu meringankan bebanan mereka dalam melanjutkan pengajian di peringkat tinggi kelak. Dengan itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai biasiswa lepasan SPM 2024/2025 termasuk pautan untuk mendapatkan butiran lanjut buat rujukan semua. Senarai bagi tahun 2025/2026 akan dikemaskini:

Senarai Biasiswa/Pinjaman Pendidikan Lepasan SPM 2025/2026

Buat para pelajar yang berminat untuk mencari tajaan biasiswa, berikut merupakan senarai biasiswa bagi lepasan SPM tahun 2023/2024  dan tahun 2024/2025 beserta tarikh permohonan dibuka dan ditutup sebagai rujukan. Pautan boleh diklik untuk maklumat lanjut :-

BIASISWATARIKH PERMOHONANPAUTAN
Kijang Scholarship21 April – 4 Mei 2025Open
JPA – MARA28 April – 11 Mei 2025
Program Penajaan Nasional JPA28 April – 11 Mei 2025Open
Biasiswa JKPJ JPA28 April – 11 Mei 2025Open
Petronas Education Sponsorship Programme (PESP)24 April – 30 April 2025Open
Pra-Universiti Yayasan Sime Darby (China)
Shell Malaysia24 April – 14 Mei 2025Open
Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak
ISKL IB DiplomaOpen
Biasiswa Pra-Universiti AIMSTOpen
UWC MalaysiaOpen
IBDP ProgrammeOpen
Program Pelajar Cemerlang 9A+Open
Biasiswa UEM12 Mei 2025 (tarikh tutup)
Biasiswa IJMOpen
Biasiswa Khazanah3 Mac 2025 – 14 Mac 2025
Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar SelangorOpen
Top Glove
Biasiswa A-Level Kolej Tuanku Ja’afarOpen
Biasiswa Pendidikan Premium Yayasan Bank RakyatOpen
 The Star Education Fund9 Mei 2025 (tarikh tutup)Open
OCBC Scholarship30 Jun 2025 (tarikh tutup)
Program Peneraju Tunas PotensiOpen
British Council Great ScholarshipsOpen
Sri Kota Specialist Medical CentreOpen
Cagamas Scholarship Programme 
Sarawak Energy Scholarship21 April – 25 Mei 2025Open
Karangkraf
Tawaran Biasiswa Untuk Program Asasi & Diploma Di AustraliaOpen
Bank Negara21 April – 4 Mei 2025
Program Biasiswa Averis USCIOpen
Yayasan Tenaga Nasional24 April 2025 – 8 Mei 2025Open
Pra-Universiti Yayasan Sime Darby (United Kingdom)1 Mac 2024 – 15 Mac 2024Open
Yayasan Telekom Malaysia
Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAMOpen
Jeffrey Cheah Foundation
UNITEN MeritOpen
UNITEN KSHAS
UNITEN Sports ExcellenceOpen
UNITEN BrightOpen
 DISTED CollegeOpen
Monash EquityOpen
 MyBrain10 April – 10 Mei 2025Open
Daikin MalaysiaOpen
Saint Xavier’s Institution (SXI) Class of 85/87 Bursary
Open