Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Terengganu 2024

Pada tahun 2024 ini, bulan Ramadhan jatuh pada bulan Mac, khususnya pada tanggal 12 Mac 2024. Dan tarikh ini akan jatuh pada hari Selasa. Tidak seperti rukun Islam yang lain sebagai contoh mendirikan solat lima waktu yang wajib dilakukan saban hari, ibadah berpuasa hanya perlu dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Namun ia merupakan suatu ibadah yang sukar kerana kita perlu melanggar tabiat seharian kita sebagai manusia dengan tidak makan atau minum apa-apa sepanjang hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Kewajipan untuk menjalankan ibadah puasa sudah jelas ternyata dalam rukun Islam yang mana setiap muslim perlu mematuhinya. Menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika dilihat secara tersurat. Namun apa yang tersirat adalah pelbagai bentuk nikmat yang menanti setiap umat yang sabar dan taat menjalani ibadah ini.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita hendaklah melihat di sebalik setiap perintah dan larangan Allah agar dapat melihat nikmat yang Allah selitkan di sebalik setiap sesuatu. Sebagai contoh, menerusi ibadah berpuasa kita dapat lebih bersyukur dengan kurniaan Allah yang datang dalam bentuk makanan dan minuman. Dan kesyukuran itu sering dirasai saat juadah menyentuh deria rasa di saat berbuka.

Di samping itu, kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang disediakan di bazar-bazar setiap negeri termasuklah di negeri Terengganu dapat membuka mata kita akan kehebatan akal manusia ciptaan Allah dalam mewujudkan aneka jenis juadah yang saban hari semakin bertambah jumlahnya.

Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Terengganu 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Dengan kepelbagaian jenis juadah ini, tidak hairanlah jika bazar-bazar dibanjiri dengan pelbagai jenis manusia. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu sekiranya ingin berbelanja di mana-mana bazar Ramadhan. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Terengganu beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024 bagi memudahkan perancangan anda:

Senarai Bazar Ramadhan Terengganu 2024

Senarai di bawah adalah senarai pada tahun 2023, senarai terkini bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Simboldigunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai.

Bazar Ramadhan Kuala Terengganu
NOLOKASI
1Pasar Chabang Tiga*
2Pasar Manir*
3Pasar Bukit Besar
4Pasar Kedai Buluh
5Taman Permin Jaya
6Pengadang Baru
7Jalan Budiman (Tapak Pasar Malam)*
8Dataran Taman Purnama
9T.L.K. Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai
10TLK Pantai Batu Burok
11Tapak Berbumbung Shahbandar
12Jalan Paya Keladi (Jalan Kampung Daik)
Bazar Ramadhan Kuala Nerus
NOLOKASI
1Pasar Batu Enam*
2Tapak Pasar Malam Wakaf Tengah*
3Tapak Pasar Malam Gong Badak*
4Pasar Teluk Ketapang*
5Pantai Teluk Ketapang*
6Drawbridge*
7Tapak Pasar Malam Pagar Besi
8Serdang Baru

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan