Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke bazar Ramadhan dan membeli pelbagai jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka puasa. Selain semenanjung Malaysia, sudah pasti ada juga bazar Ramadhan yang dianjurkan di negeri bukan semenanjung seperti negeri Sabah.
Bulan Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Khamis iaitu pada 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah. Bersyukur kita kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Dalam bulan yang mulia ini Allah menjanjikan pelbagai nikmat pada orang yang berpuasa termasuk nikmat pada waktu berbuka puasa.
Definisi berpuasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi yang tidak tahu akan ganjaran yang bakal diperoleh. Kewajipan untuk menjalankan ibadah puasa sudah jelas disebut dalam rukun Islam yang mana setiap muslim perlu mematuhinya. Ia merupakan suatu jenis latihan yang menguji kesabaran dan ketaatan terhadap Allah.
Terdapat banyak bazar ramadan yang dibuka bagi setiap negeri termasuklah di negeri Sabah. Jadi bagi yang tinggal di Sabah, anda bolehlah berkunjung di bazar yang terdekat untuk membeli juadah yang diingini.
Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Sabah 2023 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)
Untuk memudahkan perjalanan serta menjimatkan wang, masa dan tenaga, seeloknya anda membuat perancangan terlebih dahulu. Berikut dikongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Sabah terutama di Kota Kinabalu untuk membantu anda. Senarai ini termasuk lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2023 bagi memudahkan perancangan anda:
Senarai Bazar Ramadhan Sabah 2023
- Lintasan Deasoka
- Tapak pasar malam Sembulan
- Tapak parkir bersebelah Bataras Indah Permai
- Tapak parkir depan Daily Express Tanjung Aru
- Pasar malam Inanam
- Tapak pasar malam Kingfisher
- Pasar malam Inanam Point
- Tapak parkir Dewan Damai
Senarai Bazar Ramadhan Sabah 2020
Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai.
Bazar Ramadhan Sabah | |
NO | LOKASI |
1 | Bazar Lintasan Deasoka DBKK*![]() |
2 | Bazar Asia City*![]() |
3 | Bazar Putatan*![]() |
4 | Bazar University Apartment*![]() |
5 | Bazar Sembulan*![]() |
6 | Bazar Metro Town*![]() |
7 | Kampung Kopungit (FAMA) |
8 | Taipan, Inanam |
9 | Sembulan River Park |
10 | Sulaman Sentral |
11 | Kawasan pasar malam Menggatal |
12 | Pekan Sembulan |
13 | Alam Mesra |
14 | Pasar Tani Putera Jaya |
15 | Tanjung Aru Plaza |
16 | Likas Bay (Teluk Likas) |
17 | Wisma Wanita |
18 | Pasar malam Pekan Telipok |
19 | Taman Indah Permai |
20 | Pekan Inanam (Bersebelahan gerai tembakau) |
21 | Salut Commercial Centre |
22 | Kingfisher |
23 | City Mall |
24 | Kem Lokawi |
25 | Bawah Jambatan Segama |