Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Pahang 2024

Allah telah mengurniakan kita nikmat dengan cara mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Ia merupakan antara nikmat yang sering kita terlepas pandang dan bukan semua muslim dapat memperolehinya. Dengan itu, hendaklah kita bersyukur dan sentiasa mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya agar dapat menjadi seorang umat Islam yang bertaqwa.

Pada hari Selasa, 12 Mac 2024, kita akan meraikan hari pertama bulan puasa iaitu 1 Ramadhan 1445 Hijrah. Menjelang bulan ini, pasti umat Islam sudah membuat pelbagai jenis perancangan seperti apa yang hendak dimakan pada waktu sahur, di mana hendak mendirikan solat sunat terawih, dan semestinya juadah apa yang hendak dinikmati ketika waktu berbuka puasa.

Antara keseronokan berbuka adalah menentukan bagaimana anda hendak meluangkan waktu berbuka tersebut. Adakah dengan semudah berbuka di rumah? Atau mungkin berbuka secara berjemaah di surau atau masjid? Atau boleh juga berbuka di luar seperti di kedai makan atau restoran tertentu. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar Ramadan.

Mengunjungi bazar Ramadan adalah salah satu aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh umat Islam di Malaysia untuk membeli makanan untuk berbuka. Ia tidak asing lagi bagi setiap negeri termasuklah di negeri Pahang. Selain para pengunjung dapat menikmati juadah yang mereka inginkan, para peniaga bazar juga dapat mengaut keuntungan atas jual-beli yang mereka lakukan.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Pahang 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Justeru itu, berbelanja di bazar Ramadhan perlu dimulakan dengan perancangan yang rapi. Bukan mudah untuk menentukan apa yang hendak dijamah saat azan maghrib berkumandang nanti, tetapi ia akan menjadi mudah sekiranya perjalanan diatur dengan baik. Berikut GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Pahang beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024 bagi kemudahan anda:

Senarai Bazar Ramadhan Pahang 2024

Simboldigunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai. Senarai di bawah adalah senarai pada tahun-tahun sebelum ini. senarai terkini akan dikemaskini.

Bazar Ramadhan Kuantan

Berdasarkan Majlis Perbandaran Kuantan, berikut adalah senarai bazar ramadan yang ditawarkan:

  1. Tapak Mahkota Square
  2. Tapak Parkir Kantin Rahimah (Stadium)
  3. Tapak Taman TAS
  4. Tapak Jaya Gading
  5. Pantai Selamat Indera Mahkota
  6. Kota SAS
  7. TMG Tanjung Lumpur
  8. TMG Beserah
  9. Taman Impian
  10. Indera Sempurna 2
  11. Hentian Gambang
  12. Tunas Manja Sungai Isap
  13. Balok Permai
  14. Tanjung Api
  15. Serambi Teruntum
  16. Tapak Pasar Tani Sungai Soi
  17. Taman Desa Samudera, IM8
  18. Pasdec Makmur, IM2
  19. KM 43, Jalan Kuantan- Kemaman
  20. Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1

Dibawah adalah senarai bazar ramadan pada tahun-tahun sebelum ini :

NOLOKASI
1Mahkota Square*
2Taman PSJ Sg. Karang
3Pantai Selamat Indera Mahkota
4Bukit Rangin Perdana 2
5Depan Pasaraya Alfa Indah Beserah
6Nirwana Batu 3
7Hentian Gambang
8Indera Sempurna
9Hadapan Sekolah Vokasional Jln Kg. Padang
10Kawasan Balok Makmur
11UTC Pahang*
12Berjaya Permai
13Taman Tas
14Peramu
15Kempadang
16Tanjung Api (Depan Gerai Persatuan Nelayan)
17Taman Impianku
18Kempadang Sejahtera
19PASDEC Makmur
20Parkir Stadium Darul Makmur*
21Tapak Pasar Lambak Mahkota Aman
22Gambang Damai
23Jaya Gading
24Pandan Damai
25Beserah
26Hadapan Tunas Manja Sg Isap
27Kompleks Dagangan Indera Mahkota
28Balok
29Indera Mahkota 14
30Perkampungan Sg Isap 2
31Tapak Pasar Lambak Inderapura
32Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1
33Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan