Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Kedah 2024

Tahukah anda bahawa bulan puasa tahun ini akan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah dan jatuh pada hari Selasa. Selain persediaan mental dan fizikal, kita juga hendaklah bersedia untuk memutuskan apa yang hendak dinikmati ketika waktu sahur dan berbuka.

Namun begitu, untuk waktu berbuka pasti tidak menjadi masalah buat kebanyakan rakyat Malaysia kerana terdapat banyak bazar yang menawarkan pelbagai jenis pilihan juadah di serata negara. Makanan dan minuman yang dapat dibeli dari bazar-bazar ini terdiri daripada aneka rasa dan warna. Dari semudah nasi putih sehingga ke makanan barat seperti pizza, semuanya dapat diperoleh untuk memenuhkan meja makan anda sewaktu berbuka puasa.

Dengan kepelbagaian jenis juadah yang dapat dinikmati, jangan pula kita lupa bahawa Ramadhan adalah bulan yang perlu kita isi dengan ibadah dan amalan kerana peluang ini hanya tiba setahun sekali. Menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika dilihat secara tersurat. Namun apa yang tersirat adalah pelbagai bentuk nikmat yang menanti setiap umat yang sabar dan taat menjalani ibadah ini.

Pada yang tinggal di utara, anda dapat mengunjungi bazar-bazar yang terletak di negeri Kedah. Ada banyak bazar yang didirikan di pelbagai lokasi supaya setiap rakyat dapat mengunjungi dan mendapatkan juadah berbuka dengan mudah.

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Kedah 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Sebagai langkah untuk meluangkan masa dan tenaga dengan lebih efisyen, adalah dinasihatkan agar anda mengatur perjalanan terlebih dahulu sebelum berangkat ke bazar Ramadhan. Anda boleh merujuk Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Kedah beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa di bawah:

Senarai Bazar Ramadhan Kedah 2024

Bazar Ramadhan Alor Setar & Jitra
NOLOKASI
1Stadium
2Tapak Pasar Malam Jalan Putra
3Simpang Kuala
4Peremba
5Medan Selera Teratai
6Medan Selera Darul Aman
7Simpang Empat
8Pokok Sena
9Kota Sarang Semut
10Tandop
11Taman Bersatu
12Kuala Kedah
13Kawasan Perindustrian Mergong (Lotus)
14Mergong Jaya (Radin)
15Taman Wira Mergong
16Taman Aman
17Langgar
Bazar Ramadhan Sungai Petani
NOLOKASI
1Taman Ria Jaya
2Taman Sejati Indah
3Jalan Padang 
4Jalan Lama Wisma Ria
5Bukit Selambau
6Bazar Ramadhan Merbok
Bazar Ramadhan Kulim
NOLOKASI
1Kelang Lama
2Taman Selasih
3Taman Lobak
4Padang Serai
5Taman Mutiara
6Taman Sang Kancil
7Pekan Kulim
8Desa Aman
9Taman Sena
10Taman Mahsuri
11Taman Tiong
12Bandar Permata Lunas
Bazar Ramadhan Langkawi
NOLOKASI
1Bazar Ramadan Kuah
2Pasar Awam Kuah
3Pasar Awam Ayer Hangat
4Padang Matsirat
3Tapak Parkir Beras Terbakar
Bazar Ramadhan Kubang Pasu
NOLOKASI
1Tapak Penjaja Sementara Kepala Batas
2Taman Seri Aman
3Tapak Penjaja Sementara Sungai Korok
4Pekan Ayer Hitam
5Dataran Penjaja Changlun
6Tapak Pasar Malam Taman Mahsuri
Bazar Ramadhan Pendang
NOLOKASI
1Pekan Tanah Merah
2Pekan Pendang
3Pekan Kubur Panjang
Bazar Ramadhan Bandar Baharu
NOLOKASI
1Bandar Baharu
2Seri Serdang
3Komplek Penghulu Sungai Kechil Lilir
4Stesen Bas Lubuk Buntar

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan