Permohonan SMA Terengganu 2023 SMANT MAIDAM

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa sanggup berbelanja demi masa depan anak mereka. Sesetengah ibu bapa inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama, maka mereka menghantar anak mereka menimba ilmu di sekolah aliran agama. Oleh itu, berita baik buat ibu bapa terutamanya yang tinggal di Terengganu. Anda kini boleh menghantar anak anda ke Sekolah Menengah Agama Terengganu. Lebih menarik, permohonan kini boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM merupakan aplikasi laman sesawang yang dibangunkan oleh Unit ICT JHEAT dan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan. Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Sekolah Menengah Agama untuk kemasukan ke tingkatan 1, 4 dan juga 6. Aplikasi ini dapat memudahkan ibu bapa dengan hanya melayari laman sesawang rasmi SMA Terengganu dan pilih kategori yang berkaitan untuk membuat permohonan.

Tidak seperti sekolah harian yang lain, kemasukan ke SMA Terengganu ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Antaranya adalah perlu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam akedemi untuk melayakkan diri menjadi pelajar di SMA Terengganu. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi SMA Terengganu. Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke SMA semakin meningkat. Ini menunjukkan reputasi baik SMA hingga mendapat kepercayaan dari ibu bapa.

Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) 2023 Online

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan ke SMA Terengganu dan tarikh-tarikh penting permohonan SMA Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan. Kemasukan ke SMANT ambilan tahun 2023 adalah melibatkan Sekolah Menengah Agama (SMA), Madrasah Moden Terengganu (MMT) & Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI).

Tarikh Penting Permohonan SMA Terengganu 2023 Kemasukan Ke Tingkatan 1

Dibuka : 15 November 2022

Ditutup : 15 Disember 2022

Cara Membuat Permohonan SMA Terengganu 2023

Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan ke SMA Terengganu

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMA TERENGGANU ONLINE

  1. Isi borang permohonandengan lengkap
  2. Klik pada pautan Telegram Channel “Info Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 SMANT Sesi 2022”

Syarat Kelayakan Permohonan SMANT

  • Calon merupakan warganegara Malaysia
  • Calon berasal daripada Negeri Terengganu
  • Calon berumur 13 Tahun
  • Calon adalah murid lepasan Tahun 6
  • Calon mampu membaca Al-Quran dengan baik
  • Calon hendaklah sihat tubuh badan
  • Calon lulus Ujian dan Temuduga yang diadakan
  • Mengmbil MPKAFA (UPKK) atau sijil fardhu ain yang lain (calon yang mendapat keputusan baik akan diutamakan untuk tawaran kemasukan)

Tarikh Penting Permohonan SMA Terengganu 2023

TarikhPerkara
15 November 2022Permohonan ke SMA Negeri Terengganu dibuka
15 Disember 2022Permohonan ke SMA Negeri Terengganu ditutup
9 Januari 2023Semakan panggilan ujian dan temuduga akan dibuka
4 & 11 Februari 2023Ujian daan temuduga bagi kemasukan ke SMA Negeri Terengganu
1 Februari 2022Semakan keputusan Ujian PTSP & Kemaskini Pilihan Sekolah
12 & 19 Februari 2022Ujian UKKQ
17 Mac 2023Semakan keputusan tawaran dibuka
Dalam ProsesPermohonan rayuan
Dalam ProsesKeputusan rayuan
26 Mac 2023Pendaftaran pelajar dan mula persekolahan