Permohonan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2024 Tingkatan 1

Terdapat banyak jenis sekolah yang ibu bapa boleh daftarkan untuk kebaikan anak mereka kini. Antara aliran yang mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa adalah sekolah aliran agama. Sekolah Menengah (SM) Ulul Albab Melaka merupakan salah sebuah sekolah yang menawarkan pendidikan aliran agama kepada pelajar. Pengambilan bermula dari tingkatan 1  pelajar akan didedahkan dengan modul pengajian ulul albab seperti Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik seperti berenang, berkuda, memanah, kelas Bahasa Asing (Jepun, Perancis, Mandarin, Arab), program pra Hafaz Aqso, Smart Al Quran dan IQ Minda.

SM Ulul Albab telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diuruskan oleh Y2G – Ulul Albab Center of Excellence. Sekolah ini telah didirikan di atas tanah wakaf seluas 3 ekar bertujuan untuk memberi pendidikan aliran agama kepada pelajar yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi sebahagian daripada warga SM Ulul Albab. Tenaga pengajar di sekolah ini juga merupakan mereka yang kompeten dan layak untuk mengajar. Segala kemudahan belajar dan mengajar juga disediakan serba lengkap oleh pihak pengurusan bagi menjamin keselesaan pelajar.

Permohonan kemasukan pelajar kini boleh dilakukan secara atas talian sahaja di mana ibu bapa hanya perlu melayari laman sesawang rasmi SM Imtiaz Ulul Albab. Untuk ambilan pelajar tingkatan satu ke SM Imtiaz Ulul Albab terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi sebahagian daripada warga SM Imtiaz Ulul Albab. Kemudian terdapat juga penilaian dari segi al-quran dan ujian bertulis. Kemudian terdapat juga sedikit temuduga untuk ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah ini.

Permohonan Kemasukan Ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2024 Online Tingkatan 1

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan serta tarikh penting permohonan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Turut disertakan adalah syarat kelayakan kemasukan ke sekolah ini:

Tarikh Permohonan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2024 Kemasukan Ke Tingkatan 1

Dibuka : 13 November 2023

Ditutup : 10 Disember 2023

Pelajar perlu mengemaskini keputusan UPSR setelah keputusan rasmi diumumkan

Tarikh Panggilan Temuduga SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2024 Kemasukan Ke Tingkatan 1

Sesi 1 : 6 Januari 2024

Sesi 2 : Dalam Proses

Tarikh temuduga ditunda pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan

Cara Membuat Permohonan SM Imtiaz Ulul Albab 2024

Mereka yang berminat boleh melayari pautan di bawah untuk membuat permohonan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SM IMTIAZ ULUL ALBAB ONLINE

Program Yang Ditawarkan SM Imtiaz Ulul Albab

  1. Program Ulul Albab
  2. Pembelajaran Sains Tulen (KSSM)
  3. Program Tahfiz Al-Quran

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Ke SM Imtiaz Ulul Albab

  1. Berumur tidak melebihin 13 tahun (Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012)
  2. Terbuka untuk pelajar Lelaki Sahaja
  3. Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka
  4. Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun Enam yang terkini bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Minimum 7A dalam UPKK
  5. Mahir dalam membaca atau menghafal Al-Quran (Telah Khatam)
  6. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
  7. Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki ujian temuduga
  8. Lulus dalam sesi temuduga
  9. Mempunyai kecenderungan minat dalam bidang sains dan teknologi
  10. Keputusan adalah muktamad

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh rujuk di laman sesawang rasmi mereka dan laman facebook rasmi:

Lot 1503,
Bt 21, Empang Batu,
Durian Daun 78300 Masjid Tanah,
Melaka
Tel: 06-385 3055