Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 Sebulan

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Setelah kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Semuanya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga. Terbaharu, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bantuan khas untuk rakyat negeri Perak, program ini dinamakan Program Perak Prihatin. Program ini mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Bantuan yang akan disalurkan melalui program ini adalah barangan asas dan khidmat rawatan perubatan yang melibatkan 17,000 orang penerima. Menurut Menteri Besar Perak, peruntukan sebanyak RM 22 juta akan dibelanjakan untuk program ini sepanjang tahun 2019.

Melalui program ini, penerima akan mendapat kad Perak prihatin secara fizikal. Pemegang kad Perak prihatin layak untuk membeli barangan asas makanan bernilai RM 80 sebulan di mana-mana kedai runcit yang berdaftar. Pemegang kad juga layak untuk mendapat rawatan kesihatan sehingga RM 300 setahun di mana-mana klinik panel terpilih. Untuk permulaan, kerajaan negeri hanya mampu membantu 17,000 penerima sahaja pada tahun 2019 sungguhpun jumlah penerima yang layak lebih dari ini. Pada tahun 2020,kerajaan negeri telah mengumumkan jumlah penerima akan dinaikkan kepada 20 ribu isi rumah dengan peruntukkan RM25.2 juta.

Program jangka masa pendek ini diharap dapat meringankan beban golongan sasar bagi menghadapi cabaran ekonomi masa kini. Kerajaan Negeri berharap di masa akan datang kerajaan negeri dapat membantu golongan sasar ini keluar dari para kemiskinan dan miskin tegar. Antara cara yang akan difikirkan adalah membantu mereka meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Diharap bantuan sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan jangan disalah gunakan.

CARA AKTIFKAN KAD PRIHATIN PERAK – BANTUAN ASAS MAKANAN RM 80 SEBULAN DAN RAWATAN PERUBATAN

Berikut dikongsikan beberapa perkara penting berkaitan kad Perak prihatin ini. Antaranya adalah cara mengaktifkan kad, manfaat bantuan kad Perak prihatan serta beberapa info penting yang berkaitan.

Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 Sebulan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 Sebulan
CARA AKTIFKAN KAD PRIHATIN
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanAktifkan Secara Online
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanKlik pautan di yang disediakan di bawah untuk aktifkan kad prihatin:

PENGAKTIFAN KAD ERAK PRIHATIN ONLINE

Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanMasukkan no kad 16 digit dihadapan kad, nombor CVV (3 digit dibelakang kad) dan nombor kad pengenalan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPastikan maklumat adalah tepat kemudian tekan butang hantar
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanTaipkan : WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanHantarkan ke : 33555
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPusat Panggilan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPemegang kad boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Perak Prihatin di talian: 1 800 22 6600
FUNGSI MELALUI SMS
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPenukaran Pin
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanTaipkan: WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YG TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanReset Pin
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanTaipkan: WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO-CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YANG TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSemakan Baki
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanTaipkan: WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (LAST 6 DIGIT)<jarak>PIN dan hantar ke 33555
MANFAAT BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN
Manfaat 1: Rawatan Kesihatan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSetiap penerima akan mendapat bantuan sebanyak RM 300 had pembiayaan untuk tempon satu tahun dan setiap kali rawatan terhad sebanyak RM 50 sahaja. Tiada had jenis rawatan atau perubatan untuk kemudahan kesihatan asas. Proses untuk menggunakan manfaat ini adalah seperti berikut:
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanTunjuk dan serahkan kad Perak prihatin dan MyKad anda ketika di klinik panel. Senarai klinik panel adalah seperti pautan dibawah:
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSenarai Klinik Panel Perak Prihatin
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPengesahan had kelayakan dan baki gunaan kad akan dilakukan. Jika perlu, klinik panel akan menghubungi Perak Prihatin untuk pengesahan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPenerima bantuan perlu menandatangani borang kehadiran ke klinik dan PDPA
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanPenerima boleh mendapatkan rawatan dan perubatan secara percuma
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanKlinik panel akan merekodkan rawatan yang telah dilakukan kemudian akan membuat tuntutan dengan pihak Perak Prihatin secara atas talian
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSemakan pengesahan dan bayaran kepada klinik panel
Manfaat 2: Pembelian Barangan Asas
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSatu keluarga layak mendapat satu kad sahaja. Had pembelian barangan adalah tidak melebihi RM 80 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak boleh di bawa ke bulan akan datang. Pembelian akan dilakukan secara tanpa tunai. Berikut adalah senarai kedai dan senarai barangan prihatin:
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSenarai kedai atau pasaraya yang berdaftar
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSenarai baranagn Perak prihatin
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSemak baki kad sebelum membuat pembayaran
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanSerahkan kad Perak Prihatin kepada juruwang
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanBarang yang dibeli akan direkod dan barangan yang dipilih akan direkod secara automatik dengan menggunakan Point Of Sale dan hanya barangan yang dalam senarai boleh digunakan
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanKad Perak Prihatin akan dimasukkan ke terminal pembayaran kemudian masukkan nombor pin sebelum pembelian selesai
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempu nyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanNo Telefon: 1 800 22 6600  
Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 SebulanLaman Sesawang Rasmi Perak Prihatin