Borang Permohonan Online Dana Terengganu i-Fitri 2022

Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan bantuan untuk rakyat negeri Terengganu atau lebih dikenali dengan nama iDANA. Bantuan ini diwujudkan untuk membantu golongan seperti ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan orang miskin. Pemohon boleh membuat semakan kelayakan seperti yang tertera di laman sesawang rasmi iDana Terengganu. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan sistem online untuk membuat permohonan.

Antara sebab lain kerajaan Negeri Terengganu mewujudkan permohonan online ini adalah untuk memastikan data-data pemohon diperoleh secara efisyen. Dalam sistem online ini kerajaan Negeri Terengganu telah menghimpunkan semua jenis bantuan yang diberikan kerajaan negeri seperti Dana Hari Raya, Transformasi Orang Muda (TOM – Bakti Remaja) dan Bantuan Persekolahan. Selain itu, permohonan juga boleh dilakukan secara manual. Caranya adalah dengan hadir ke mana-mana Pusat Bestari di DUN masing-masing.

Melalui bantuan ini, kerajaan negeri berharap dapat membantu golongan yang memerlukan terutama ketika masa ekonomi yang tidak menentu kini. Dengan harga barang yang meningkat diharap dapatlah meringankan beban rakyat Terengganu. Setiap permohonan yang diluluskan akan dimaklumkan dan bantuan akan disalurkan secepat yang mungkin.

Makluman

Susulan pembentangan Bajet Terengganu 2022, kerajaan negeri akan memberikan bantuan sara hidup yang dikenali sebagai i-Fitri kepada 115,000 isi rumah yang layak. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri mengumumkan sejumlah RM33.4 juta untuk bantuan ini dimana RM400 akan diberikan kepada isi rumah miskin dan RM250 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. Kaedah permohonan dan semakan kelayakan tidak dimaklumkan lagi setakat ini.

Gcarian akan mengemaskini Bantuan i-Fitri Terengganu 2022 dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pengumuman atau makluman

Permohonan Online Dana Terengganu 2021 Secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan, kategori permohonan dan syarat am kelayakan permohonan sebagai panduan rakyat Terengganu yang ingin membuat permohonan bagi tahun 2019 sebagai rujukan. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

Permohonan Dana Terengganu Secara Online

Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan dana Terengganu:

BORANG PERMOHONAN ONLINE DANA TERENGGANU (iDANA) 2020

  1. Semakan-Pemohon boleh membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak
  2. Pilihan bantuan-Sila pilih senarai bantuan yang diinginkan dan pemohon hanya boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja
  3. Syarat kelayakan-Senarai syarat kelayakan akan dipaparkan dan pemohon hendaklah bersetuju dengan syarat tersebut untuk membuat permohonan
  4. Mohon-Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi semua maklumat bertanda (*)
  5. Pengesahan-Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas maklumat yang diberikan adalah benar
  6. Cetak permohonan-Pemohon hendaklah membuat cetakan permohonan berserta dokumen yang diperlukan dan serahkan kepada JKKK untuk pengesahan. Pemohon akan menerima akuan terima permohonan daripada JKKK sebagai bukti permohonan telah diterima dan disahkan

Permohonan Bantuan iDana Terengganu Secara Manual

  • Permohonan boleh dibuat secara manual dengan pemohon perlu menghadirkan diri ke Pusat Bestari.com yang berdekatan DUN masing-masing. Maklumat dan alamat BESSCOM di seluruh Terengganu boleh dirujuk di pautan di bawah

Kategori Permohonan Dana Terengganu Dan Jumlah Bantuan

Maklumat Terkini Permohonan Dan Tarikh Pembayaran Bantuan Raya Aidilfitri 2019

  1. Dana Raya
KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Orang Kurang Upaya (OKU)
RM200
Warga emas
RM200
Bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
RM200
Orang miskin
RM200

2. Bakti Remaja (BR)

Belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun : RM200

3. Bantuan Persekolahan

Bantuan kepada anak yang bersekolah (Maksimum 2 anak sahaja) : RM100

Syarat Am Kelayakan

Berikut adalah syarat am kelayakan permohonan iDANA untuk semua kategori permohonan:

  1. Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu atau telah bermastautin di negeri Terengganu lebih 10 tahun dan mendapat perakuan daripada pengerusi JKKK
  2. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu sertakan perakuan pendapatan yang disahkan oleh pengerusi JKKK atau penghulu mukim
  3. Pemohon mestilah pengundi berdaftar negeri Terengganu
  4. Pendapatan ketua isi rumah mesti tidak lebih daripada RM1,100 sebulan (Dana Raya Aidilfitri), RM2,000 sebulan (Bakti Remaja – BR) dan RM2,500 sebulan untuk Bantuan Persekolahan
  5. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
  6. Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menolak permohonan dan meminda syarat di atas tanpa sebarang notis

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila klik pautan di bawah: