Menu Bola

Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Terkini

22:34 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 February 2019 jam 08:31 PM oleh GC.editor

Urban Transformation Centre (UTC) atau dalam Bahasa Malaysia adalah Pusat Transformasi Bandar merupakan sebuah pusat kemudahan awam yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di bawah satu bangunan. Ia terletak di beberapa lokasi di bandar di tempat tumpuan orang awam dan juga mudah untuk dikunjungi. Dengan wujudnya UTC ini dapat memudahkan urusan orang ramai berkaitan urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan, kerajaan negeri dan juga swasta di bawah satu bumbung.

Antara Jabatan kerajaan yang boleh didapati di UTC adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil dan banyak lagi. Terdapat lebih kurang 31 agensi kerajaan yang boleh didapati di UTC bergantung kepada lokasi UTC di tempat masing-masing. Terdapat juga beberapa kemudahan awam seperti kafeteria, pusat perubatan, kafe siber dan mesin ATM di cawangan-cawangan UTC.

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan bertarikh 12 Januari 2019, UTC di seluruh negara akan dipinda waktu operasinya bermula 22 Januari 2019. Sebelum ini kerajaan menetapkan waktu operasi UTC adalah dari 8 pagi hingga 7 petang. Namun setelah penelitian dibuat berdasarkan maklum balas orang awam, kementerian telah menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli belah dilewatkan waktu operasinya sehingga 10 malam. Untuk 15 UTC yang lain, waktu operasi adalah dari 8 petang sehingga 5 petang setiap hari. Langkah ini diambil bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

WAKTU OPERASI TERKINI DAN BAHARU UTC (PUSAT TRANSFORMASI BANDAR) DI SELURUH NEGARA

Berikut dikongsikan waktu operasi bagi UTC di seluruh negara mengikut lokasi. Waktu operasi yang baharu ini berkuatkuasa bermula 22 Januari 2019 dan 4 Mac 2019 untuk Sabah dan Sarawak. UTC akan dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan hari kelepasan am:

GC Icon
Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar UTC Di Seluruh Negara Terkini
PERTUKARAN WAKTU OPERASI UTC
Kementerian Kewangan akan melaksanakan waktu operasi baharu Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 22 Januari 2019 sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan. Waktu operasi baharu adalah berdasarkan kepada maklum balas orang ramai yang memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga pukul 10 malam.
TickTiga UTC di Shah Alam, Selangor; Keramat, Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan akan beroperasi dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis manakala dari 2.45 petang hingga 10 malam pada Jumaat. Pada Sabtu dan Ahad, ketiga-tiga UTC tersebut akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
TickEmpat UTC iaitu Alor Setar, Kedah; Johor Bahru, Johor; Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu, waktu operasi adalah dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan dari 8 pagi sehingga 5 petang pada Jumaat dan Sabtu.
TickUntuk UTC lain yang beroperasi di seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak), waktu operasinya adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.
WAKTU OPERASI UTC SELURUH NEGARA
LOKASI UTCWAKTU OPERASIWAKTU REHAT
bullet pointAlor Setar, Kedah
bullet pointJohor Bahru, Johor
bullet pointKota Bharu, Kelantan
bullet pointKuala Terengganu, Terengganu
Ahad – Khamis
1 tengahari – 10 malam
Jumaat – Sabtu
8 pagi – 5 petang
Rehat
7 malam – 8 malam
Solat Jumaat
12.15 tengahari – 2.45 petang
bullet pointShah Alam, Selangor
bullet pointKeramat, Kuala Lumpur
bullet pointSeremban, Negeri Sembilan
Isnin – Khamis
1 tengahari – 10 malam
Jumaat
2.45 petang – 10 malam
Sabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Rehat
7 malam – 8 malam
bullet pointKangar, Perlis
bullet pointSungai Petani, Kedah
bullet pointIpoh, Perak
bullet pointPudu Sentral, Kuala Lumpur
bullet pointSentul, Kuala Lumpur
bullet pointBandaraya Melaka, Melaka
bullet pointPasir Gudang, Johor
bullet pointKuantan, Pahang
Isnin – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
12.15 t/hari – 2.45 petang
bullet pointKota Kinabalu, Sabah
bullet pointKeningau, Sabah
bullet pointTawau, Sabah
Isnin – Jumaat
10 pagi – 7 petang
Sabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
bullet pointWP LabuanIsnin – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
bullet pointKuching, Sarawak
bullet pointMiri, Sarawak
bullet pointSibu, Sarawak
Isnin – Jumaat
10 pagi – 7 petang
Sabtu – Ahad
8 pagi – 5 petang
Solat Jumaat
11.45 pagi – 2.15 petang
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan waktu operasi baharu UTC, sila layari pautan berikut:
Klik LinkKenyataan Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Pindaan Waktu Operasi UTC
Klik LinkFacebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia