Permohonan UPU online 2020-2021 UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) untuk kemasukan sesi akademik 2020 / 2021 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Pemohon perlu ambil tahu tentang tarikh-tarikh penting UPU agar tidak terlepas tarikh yang telah diumumkan.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memaklumkan bahawa permohonan boleh dibuat melalui portal rasminya bermula pada tarikh pembukaan pendaftaran dan sistem permohonan akan ditutup pada tarikh yang akan diumumkan.

Permohonan adalah terbuka untuk kemasukan Program Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM 2019, 2018 dan 2017, manakala Ijazah Sarjana Muda di UA bagi lepasan STPM atau Setaraf. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan seperti cara yang ditulis di bawah.

BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE UA POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI ILKA SESI AKADEMIK 2020-2021

GC-Icon
Permohonan-UPU-online-2019-2020-UA-Politeknik-ILKA-Kolej-Komuniti
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU Online
Dibuka Ditutup
21 Oktober 2019
31 Disember 2019
Berikut dikongsikan pautan pendaftaran UPU Online: 
Klik-Link Pendaftaran UPUOnline
MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN PERMOHONAN UPU ONLINE
No-1 Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja
No-2 Pembelian N0. Unik ID tidak diperlukan, pemohon hanya perlu daftar dan login
No-3 Pemohon boleh menyemak program-program yang ditawarkan
No-4 Tarikh permohonan UPUOnline untuk lepasan diploma akan diumumkan pada bulan Februari 2020.
No-5 UPU Online akan dibuka semula utk permohonan pemilihan program dalam bulan Februari / Mac 2020
Pendaftaran Hanya Terbuka Kepada:
Tick Calon yang menduduki peperiksaan SPM Tahun 2019, 2018 & 2017
Tick Calon yang menduduki peperiksaan STPM Tahun 2019 sahaja
Tick Calon tahun akhir Maktrikulasi/Pasum/Asasi
Tick Calon yang menduduki peperiksaan STAM Tahun 2019 & 2018
pendaftaranupu
No. unik ID BSN masih diperlukan semasa permohonan pada Bulan Februari /Mac 2020 iaitu semasa pemilihan program. Penjualan No.Unik ID bagi Permohonan kemasukan akan dimaklumkan kemudian. 
Berikut dikongsikan manual pengguna yang disediakan untuk pemohon spm dan pemohon STPM:
Klik-Link Manual Pendaftaran UPU SPM
Klik-Link Manual Pendaftaran UPU STPM
TARIKH RASMI PERMOHONAN UPU Online
Dibuka Ditutup
Februari 2020
Dalam-Proses
tarikh-penting-upu
TARIKH DAN KATEGORI PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID DI BSN
Pemohon perlu pastikan membeli nombor Unik ID di BSN yang berharga RM15.60 dengan betul mengikut kategori masing-masing seperti di bawah
TARIKH PEMBELIAN PIN UNIK UPU ID
Dibuka Ditutup
Februari 2020
Dalam-Proses
pembelian-no-pin-upu
KENALPASTI KATEGORI PERMOHONAN
Pemohon perlu mengenalpasti kategori masing-masing sebelum membuat permohon. Maklumat rasmi bagi kategori yang berkenaan, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik-Link Maklumat Kategori Permohonan Lepasan SPM Setaraf
Klik-Link Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM Setaraf
KATEGORI PEMOHON
Program Lepasan SPM (Setaraf) SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti
Program Lepasan STPM (Setaraf) STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM
kategori-pemohon-upu
MENGISI BORANG PERMOHONAN MELALUI SISTEM UPU ONLINE
Pemohon pertama kali perlu membuat pendaftaran Akaun Baru bagi membolehkan sistem borang permohonan online kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dapat di aksi sepenuhnya.
Klik-Link Daftar Akaun Baru UPU Online
Sila Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Mykad dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online.
Klik-Link Log Masuk Sistem Permohonan UPU Online
Close