Keputusan Undian Piala Malaysia 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Liga domestik Malaysia, Liga Super baru sahaja melabuhkan tirainya. Dengan berakhirnya Liga Super, maka bermulalah saingan Piala Malaysia, antara piala yang paling berprestij dalam negara kita. Piala Malaysia mengumpulkan 16 pasukan terbaik daripada Liga Super dan Liga Premier. 16 pasukan tersebut terdiri daripada 11 pasukan terbaik dalam Liga super dan 5 pasukan terbaik dalam Liga Premier.

Undian telah dilakukan pada 23 Julai 2019 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) dan disiarkan secara langsung di iflix.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kesemua pasukan yang layak bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Undian akan dibuat secara rawak dan akan menyaksikan pertembungan pasukan dari Liga Super dan Liga Premier. Perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 dijangka akan berlangsung pada 3 Ogos 2019.

Piala Malaysia merupakan kejohanan yang tertua di rantau asia yang bermula pada tahun 1921 yang ketika itu adalah kejohanan antara negeri-negeri yang membentuk tanah melayu. Setiap tahun kejohanan yang di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini menjadi rebutan pasukan bola sepak dalam negara kita. Peminat bola sepak tempatan juga berasa sangat teruja untuk menyaksikan kejohanan ini kerana ia menjanjikan persembahan yang menarik daripada pasukan kegemaran mereka.

Pasukan Perak adalah juara bertahan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Terengganu pada aksi perlawanan akhir tahun lepas. Pasukan Selangor adalah pasukan yang paling banyak memenangi Piala Malaysia dengan sejumlah 33 kejuaraan.

KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2019

Berikut kami kongsikan format dan tarikh penting beserta dengan keputusan undian tersebut Piala Malaysia 2019.

GC Icon
Keputusan undian piala Malaysia 2018
malaysia cup logo FORMAT KEJOHANAN PIALA MALAYSIA 2019
Berikut merupakan format aksi Piala Malaysia 2019 yang akan berlangsung pada 3 Ogos nanti:
No 111 pasukan terbaik daripada Liga Super layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia 2019
No 25 pasukan terbaik daripada Liga Premier turut layak ke saigan Piala Malaysia 2019
No 3Tiada aksi play-off untuk kelayakan ke saingan Piala Malaysia 2019
POT UNDIAN
Berikut merupakan Pot Undian untuk proses pengundian Piala Malaysia 2019. Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 4 balang atau Pot mengikut ranking dalam saingan liga masing-masing:
BALANG 1
BALANG 2BALANG 3BALANG 4
JDT FCJDTTerengganu FCTERENGGANU FC
PKNP FCPKNP FCUiTM FCUITM FC
Selangor FASELANGORPerak TBGPERAKPKNS FCPKNS FCNegeri Sembilan FANEGERI SEMBILAN
Kedah FAKEDAHMelaka UnitedMELAKASabah FASABAHPDRM FAPDRM
Pahang FAPAHANGLogo PJ City FCPJ CITY FCFelda UnitedFELDA UNITEDPenang FAPULAU PINANG
KEPUTUSAN UNDIAN SAINGAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2019
Berikut merupakan keputusan undian yang telah berlangsung pada 23 Julai 2019 yang lalu:
KUMPULAN AKUMPULAN BKUMPULAN CKUMPULAN D
Kedah FAKEDAHJDT FCJDT
Pahang FAPAHANGSelangor FASELANGOR
Terengganu FCTERENGGANU FCLogo PJ City FCPJ CITY FCPerak TBGPERAKMelaka UnitedMELAKA
PKNS FCPKNS FCPKNP FCPKNP FCSabah FASABAHFelda UnitedFELDA UNITED
Negeri Sembilan FANEGERI SEMBILANUiTM FCUITM FCPenang FAPULAU PINANGPDRM FAPDRM
TARIKH PENTING SAINGAN PIALA MALAYSIA 2019
Peringkat Kumpulan2 Ogos 2019
Suku Akhir 1 & 2 (Quarter Final – QF).
Separuh Akhir 1 & 2 (Semi Final – SF) .
Perlawanan Akhir (Final)2 November 2019
Close