Menu Bola

Semakan menduduki UKSBP 2019 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

11:25 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 October 2018 jam 09:44 AM oleh GC.editor

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara pilihan ibu bapa dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan peringkat sekolah menengah yang lebih baik. SBP merupakan sekolah yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengambilan pelajar ke SBP bermula dari pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat sahaja. Pengambilan pelajar mengambil kira berdasarkan kecemerlangan akademik dan kokorikulum mereka. Aktiviti pelajar seperti aktiviti berpersatuan, kelab dan sukan diambil kira sebagai merit untuk diterima masuk menjadi sebahagian warga SBP.

KPM telah menetapkan pengambilan pelajar tingatan 1 ke SBP perlu melalui saringan berbentuk ujian kepada pemohon. Ujian tersebut dinamakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke SBP akan dipanggil untuk menduduki UKSBP pada tarikh yang ditetapkan di beberapa lokasi yang akan diberitahu. Untuk pengetahuan semua, UKSBP hanya dijalankan ke atas pelajar ambilan tingkatan 1 sahaja. Pelajar yang terpilih untuk menduduki UKSBP boleh dikatakan mempunyai harapan cerah untuk menjadi pelajar SBP.

Oleh itu, pelajar dinasihatkan mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum menduduki UKSBP. Soalan yang bakal ditanya ketika UKSBP adalah soalah berbentuk pengetahuan am, ujian IQ, EQ dan SQ. Sila bawa segala kelengkapan alat tulis dan berpakaian seperti yang telah ditetapkan pada hari ujian.

SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UKSBP ONLINE

Bagi memudahkan pemohon untuk membuat semakan kelayakan UKSBP KPM telah menyediakan satu aplikasi atas talian untuk membuat semakan. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan UKSBP secara online bagi membantu pelajar dan ibu bapa sekalian:

GC Icon
Gcarian.com 1
UKSBP

SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UKSBP TINGKATAN 1

TickSemakan ini boleh dilakukan bermula 5 Oktober 2018
TARIKH UKSBP
UKSBP akan dijalankan di 207 tempat seperti yang telah ditetapkan
Soalan yang akan ditanya ketika UKSBP adalah soalan IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am
Pelajar perlu membawa kad pengenalan dan slip menduduki UKSBP seperti yang terdapat dalam laman sesawang KPM
Tiada ujian ulangan bagi pelajar yang gagal hadir pada hari yang telah ditetapkan
MulaTamat
15 Oktober 2018
18 Oktober 2018
UKSBP E-RAYUAN

SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UKSBP TINGKATAN 1 FASA 2

Dalam Proses
TickPautan semakan ini akan dikemaskini jika terdapat pengumuman terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
TARIKH UKSBP E-RAYUAN
MulaTamat
.
.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau soalan berkaitan kemasukan ke SBP sila layari pautan di bawah:
Klik LinkFAQ Permohonan SBP Sesi 2019

 

Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkContoh Soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP
Klik LinkPermohonan SBP 2019 Tingkatan 1 & 4 Sekolah Berasrama Penuh