Semakan keputusan kemasukan ke UiTM 2023-2024 online

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah institut pengajian tinggi milik Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya yang bertujuan untuk menaik taraf kehidupan bumiputera dengan pendidikan telah berjaya menjadikan UiTM salah satu universiti terulung dalam negara. Semenjak penubuhannya, UiTM telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang.

Bagi memenuhi permintaan kemasukan ke UiTM, pihaknya telah menambah bilangan kampus serta menaik taraf sistem pendidikan mereka. Bermula dari diploma hinggalah ke peringgkat yang lebih tinggi UiTM telah melahirkan ramai graduan mereka. Dengan slogan ‘UiTM dihatiku’ universiti ini merupakan pusat pengajian pilihan bumiputera.

Dengan yuran pengajian yang murah, UiTM menjadi pilihan utama pelajar bumiputera untuk mencapai cita-cita mereka. Setiap tahun pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke UiTM. UiTM menawarkan program pengajian seperti Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK).

Semakan Keputusan UiTM Secara Online Sesi 2023-2024

Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh membuat semakan, cara membuat semakan, syarat kemasukan serta lain-lain info untuk panduan semua:

;/

Kemasukan Sesi 1 2023-2024

Keputusan Dan Surat Tawaran Ke Program Diploma / Asasi / Sarjana Muda (Kepujian) Senibina (Ap243) Lepasan Spm / setaraf

Dibuka : 8 Julai 2023

Waktu : 3 Petang

Keputusan Dan Surat Tawaran Ke Program ACCA FIA (AC151) dan ACCA (AC551) Sesi 1/2023

Dibuka : 8 Julai 2023

Waktu : 3 Petang

Keputusan Dan Surat Tawaran Ke Program Sarjana Muda bagi permohonan melalui UPU dan OnlineUiTM Lepasan Spm / setaraf

Dibuka : akan dikemaskini

Waktu : 12 Tengah Hari

Kemasukan Mac 2024 (Sesi 2 2023-2024)

Keputusan Dan Surat Tawaran Permohonan Ke Penerapan Asasi Undang-undang UiYM (Pi005) Sesi 2 2023/2024

Dibuka : 14 Disember 2023

Waktu : 12 Tengah Hari

Keputusan Dan Surat Tawaran Permohonan Ke Program Sarjana Muda Bagi Lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma IPT lain

Dibuka : 21 Februari 2024

Waktu : 12 Tengah Hari

Keputusan Bagi Lepasan Diploma Uitm Dan Penerapan Diploma Tahun Akhir Uitm sesi 2 2023-2024

Dibuka : 15 Februari 2024

Waktu : 3 Petang

Aplikasi Semakan UiTM

Berikut merupakan pautan untuk membuat semakan kemasukan ke UiTM. Sila layari pautan berikut:

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM

  1. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.
  2. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  4. Tiada rekod jenayah atau sedang dalam proses proses perbicaraan
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan SPM

  1. Lulus SPM minima 5 kepujian
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia.

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan STPM/setaraf

  1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
  2. Lulus SPM / setaraf dengan baik
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C iaitu (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
  4. Telah mengambil Ujian MUET

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan Martikulasi

  1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
  2. Lulus SPM / setaraf dengan baik
  3. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
  4. Telah mengambil Ujian MUET

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan Diploma

  1. Lulus SPM dengan minima 5 kepujian
  2. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
  3. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
  4. Telah mengambil Ujian MUET