Semakan keputusan kemasukan ke UiTM 2019-2020 online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah institut pengajian tinggi milik Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya yang bertujuan untuk menaik taraf kehidupan bumiputera dengan pendidikan telah berjaya menjadikan UiTM salah satu universiti terulung dalam negara. Semenjak penubuhannya, UiTM telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang.

Bagi memenuhi permintaan kemasukan ke UiTM, pihaknya telah menambah bilangan kampus serta menaik taraf sistem pendidikan mereka. Bermula dari diploma hinggalah ke peringgkat yang lebih tinggi UiTM telah melahirkan ramai graduan mereka. Dengan slogan ‘UiTM dihatiku’ universiti ini merupakan pusat pengajian pilihan bumiputera.

Dengan yuran pengajian yang murah, UiTM menjadi pilihan utama pelajar bumiputera untuk mencapai cita-cita mereka. Setiap tahun pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke UiTM. UiTM menawarkan program pengajian seperti Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK).

SEMAKAN KEPUTUSAN UiTM SECARA ONLINE SESI 2019-2020

Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh membuat semakan, cara membuat semakan, syarat kemasukan serta lain-lain info untuk panduan semua:

GC Icon
;/
Kemasukan Sesi 1 2020-2021
Keputusan Dan Surat Tawaran Ke Program Diploma / Asasi / Sarjana Muda (Kepujian) Senibina (Ap243) Lepasan Spm / setaraf
BukaJam
4 Jun 2020
12 Tengah Hari
Kemasukan Mac 2020 (Sesi 2 2019-2020)
Keputusan Dan Surat Tawaran Permohonan Ke Program Sarjana Muda Bagi Lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma IPT lain Dan Penerapan Asasi Undang-undang UiYM (Pi005) Sesi 2 2019/2020
BukaJam
29 Januari 2020
300 Petang
Keputusan Bagi Lepasan Diploma Uitm Dan Penerapan Diploma Tahun Akhir Uitm sesi 2 2018-2019
BukaJam
18 Februari 2020
300 Petang
Aplikasi Semakan UiTM
Berikut merupakan pautan untuk membuat semakan kemasukan ke UiTM. Sila layari pautan berikut:
Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM
No 1Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.
No 2Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
No 3Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
No 4Tiada rekod jenayah atau sedang dalam proses proses perbicaraan
No 5Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan SPM
No 1Lulus SPM minima 5 kepujian
No 2Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia.
Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan STPM/setaraf
No 1Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
No 2Lulus SPM / setaraf dengan baik
No 3Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C iaitu (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
No 4Telah mengambil Ujian MUET
Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan Martikulasi
No 1Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
No 2Lulus SPM / setaraf dengan baik
No 3Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
No 4Telah mengambil Ujian MUET
Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke UiTM Bagi Lepasan Diploma
No 1Lulus SPM dengan minima 5 kepujian
No 2Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia pada peringkat SPM/ setaraf
No 3Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
No 4Telah mengambil Ujian MUET
Close