Apa itu Sijil UEC? Sejarah dah kesan pengiktirafan Unified Examination Certificate

Sejak akhir-akhir ini, isu tentang Unified Examination Certificate (UEC) hangat diperkatakan. UEC merupakan salah satu daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu. Setelah kemenangan parti itu, penyokong mereka mendesak untuk kepimpinan PH mengotakan janji tersebut. Baru-baru ini Menteri Pendidikan kita yang baharu mengatakan meraka akan melaksanakan janji mereka itu.

Untuk pengetahuan semua, PH menjanjikan akan mengiktiraf UEC di Malaysia. UEC akan dijadikan salah satu syarat am kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan syarat memiliki kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan ini, ia menjadikan UEC setaraf dengan syarat kemasukan yang sedia ada. Untuk pengetahuan, UEC telah diterima untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sejak 2004.

Jika kita lihat balik sejarah lama, sebelum Lim Lian Geok juga pernah berjuang untuk mendesak kerajaan supaya mengiktiraf UEC dan menjadikan salah satu bahasa rasmi negara. Disebabkan itu dia telah dibuang kerakyatan kerana dianggap telah mencetuskan provokasi antara kaum. Tokoh-tokoh berbangsa cina juga ada menentang pengiktirafan UEC ini dalam negara kita. Mereka menganggap bahasa mampu menyatukan bangsa Malaysia. Dengan pengiktirafan UEC ini ia akan membantutkan perpaduan dalam negara.

Apa itu UEC?

Berikut kami kongsikan serba sedikit apa itu UEC kepada semua. Semoga ini dapat memberi sedikit info tambahan kepada semua rakyat Malaysia. Kemudian rakyat boleh lah menilai sejauh mana kebaikan pengiktirafan UEC ini. Di bawah ini adalah sedikit info tentang apa itu UEC:

Sejarah Dan Latar Belakang UEC

Berikut merupakan sedikit sejarah tentang UEC dan sedikit info tentang UEC:

  1. Pernah diperjuangkan sebelum ini. Menuntut supaya kerajaan mengiktiraf UEC
  2. Pengiktirafan UEC pernah ditentang oleh ikon masyarakat cina sezaman Tunku Abdul Rahman iaitu Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin. Mereka dikecam teruk ketika itu
  3. Lim Lian Geok, seorang guru dan aktivis telah dibuang kerakyatan kerana lantang mendesak kerajaan mengiktiraf UEC. Dia dianggap cuba mencetuskan ketidakharmonian antara kaum.
  4. Mendapat sokongan penuh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975
  5. UEC banyak dipraktikkan di sekolah-sekolah persendirian cina.

Sistem Dan Tahap UEC

Berikut merupakan sistem yang dijalankan dalam UEC:

  1. UEC boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC).
  2. Mereka menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML
  3. Bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan UEC Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar
  4. Pelajar Sekolah Persendirian Cina bersekolah bermula dari tiga tahap rendah (junior) sehinggalah tiga tahap tinggi (senior). Untuk setiap tahap mereka mengambil masa setahun dan pelajar tidak dibenarkan ke tahap seterusnya jika gagal pada tahap sebelumnya dan jika mereka gagal untuk tiga tahun pada tahap sama mereka akan dbuang sekolah
  5. Pada akhir tahun junior tiga pelajar akan menduduki peperiksaan UEC-JML
  6. Bermula pada senior 1 pelajar akan dikategorikan kepada aliran sains dan aliran perdagangan/sastera. Pada akhir senior tahap 2 sebahagian pelajar akan menduduki SPM dan akan meninggalkan sekolah selepas itu. Ada juga yang meneruskan pelajaran sehingga senior tahap 3 dan akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
  7. Pelajar lepasan UEC-SML sijilnya telah diakui oleh antarabangsa dan universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah

Tuntutan

Berikut merupakan beberapa tuntutan berkenaan UEC:

  1. Mereka mendesak UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  2. Keputusan UEC boleh digunakan sebagai syarat am kemasukan ke IPTA
  3. Bahasa Malaysia diwajibkan dan perlu mendapat kepujian