Menu Bola

Bajet 2019 Malaysia siaran langsung ucapan pembentangan budget

18:28 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 2 November 2018 jam 07:30 PM oleh GC.editor

Siaran langsung pembentangan belanjawan Malaysia (Bajet Malaysia) pastinya akan menjadi tumpuan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mahu mengetahui intipati bajet 2019 secara langsung di televisyen.

Intipati belanjawan tersebut menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan.

Selain perkhabaran gembira buat penjawat awam, isu kos sara hidup tinggi, rumah mampu milik, pendidikan, kesihatan, aspek keselamatan dan agenda sosial serta keupayaan negara dan persediaan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa hadapan adalah antara fokus utama kerajaan dalam setiap kali bajet tahunan negara.

Harapan rakyat apabila menjelangnya pembentangan bajet sudah tentu inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan. Maklumlah, bukan mereka yang menetap di bandar besar sahaja terasa bahang­nya, malah penduduk di pekan kecil juga terasa tempias­nya.

Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap belanjawan Malaysia bagi tahun 2019 perlu selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan.

SIARAN LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET 2019 BELANJAWAN MALAYSIA BULAN NOVEMBER

Seperti tahun-tahun sebelumnya pembentangan belanjawan Malaysia dibentangkan pada bulan Oktober di dewan rakyat, parlimen Malaysia. GCarian akan mengemaskini maklumat tarikh rasmi pembentangan Bajet 2019 bila diadakan dalam ruangan di bawah.

SIARAN LANGSUNG UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2019 MALAYSIA
Perkara
Pembentangan Belanjawan Malaysia 2019
InfoButiran
Tarikh dan masa2 Noember 2018 (Hari Jumaat), jam 400 petang
TempatDewan rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran langsungSesi ucapan pembentangan bajet 2019 akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia
VIDEO UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET 2019