Cara Buat Tuntutan Bayaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memberikan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma dengan mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Akibat daripada peningkatan kos sara hidup, ia juga memberi impak kepada kos perubatan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018, skim MySalam telah diluluskan dan akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019. Seramai 3.69 juta isi rumah B40 berumur 18 hingga 55 tahun dijangkakan akan menerima manfaat daripada skim ini.

Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun. Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat.

Kerjasama dengan syarikat insurans Great Eastern Holdings dilihat positif apabila dana pemulaan sejumlah RM 2 bilion akan dibelanjakan khusus bagi membantu golongan B40 menghadapi kos perubatan yang kian meningkat kini. Bagi memudahkan penerima, perkhidmatan sokongan pelanggan telah diwujudkan dan mula beroperasi bermula 1 Mac 2019 yang lalu. Dengan kata lain, penerima skim ini boleh membuat tuntutan mereka secara atas talian. Selain itu, tuntutan juga boleh dibuat secara terus di lokasi yang akan diumumkan nanti.

Terkini : MySalam diteruskan sehingga 2025

Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan lagi skim MySalam sehingga tahun 2025 berikutan sambutan baik daripada komuniti B40 di Malaysia.

Makluman : Penangguhan peluasan skim mySALAM kepada M40

Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan penangguhan peluasan skim mySALAM kepada M40 bagi tahu 2023

Makluman : SKIM mySALAM (Perluasan kepada bukan penerima BSH / M40)

Perluasan Skim MySalam yang kini dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat kepada bukan penerima BSH atau golongan M40 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Februari 2020

Teks Penuh Perluasan Skim mySalam

SKIM mySALAM (BELANJAWAN 2020)

Pembentangan Belanjawan 2020 menyaksikan Skim mySalam akan diberi penambahbaikan bermula 1 Januari 2020 iaitu:

  1. 45 penyakit kritikal termasuk penyakit polio dan terminal berbanding 36 penyakit yang dilindung dibawah skim ini
  2. Individu berumur 65 tahun berbanding 55 tahun ketika ini layak untuk menerima skim ini
  3. Bukan golongan B40 atau individu yang berpendapatan kasar sehingga RM100,000 setahun turut akan menerima bayaran bagi penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari sekiranya didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan sahaja

Ringkasan intipati Bajet 2020 Belanjawan Malaysia Semua Sektor

Cara Membuat Tuntutan MySALAM Secara Online Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

Berikut dikongsikan cara-cara mebuat tuntutan, tarikh mula pelaksanaan serta lain-lain info penting berkaitan MySalam skim perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan oleh kerajaan:

Tarikh Mula Dan Tamat MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan

Mula : 1 Januari 2019

Tamat : 31 Disember 2025

Sebarang penyakit yang didiagnos sebelum tarikh di atas tidak akan mendapat perlindungan daripada MySalam skim perlindungan kesihatan

Tarikh tamat MySalam skim perlindungan kesihatan bergantung kepada kemampuan polisi dengan dana RM 2 billion yang dijangka mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk lima tahun

Cara Membuat Tuntutan MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Secara Online

Sila layari pautan di bawah untuk membuat tuntutan dariapada MySalam skim perlindungan kesihatan

Melalui skim ini, hanya mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah menerima makluman tentang MySalam skim perlindungan kesihatan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja yang layak membuat tuntutan

Senarai Penyakit Yang Dilindungi MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan

Berikut adalah senarai 45 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:

Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis Bakteria
Tumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
Pembedahan Otak
Kanser
Kardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia Kronik
Koma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitis
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru
AIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus Fulminan
Serangan Jantung
Pembedahan Injap Jantung
HIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Pertuturan
Trauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ Sum
Penyakit Neuron Motor
Sklerosis Berbilang
Distrofi Otot
Kelumpuhan / Paraplegia
Penyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Strok
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
Pelecuran Tahap Ketiga
Penyakit Sistik MedularPenyakit Terminal (Membawa Maut)
Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaanSindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan
Skleroderma ProgresifPoliomielitis
Elefantiasis (Penyakit Untut)Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Jenis-Jenis Tuntutan MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan

  1. Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal
    • Layari laman sesawang rasmi MySalam dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
    • Tekan butang Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
    • Pergi ke hospital yang anda dapatkan rawatan bersama borang yang sudah dicetak dan minta doktor untuk melengkapkan borang tersebut
    • Kemudian imbas borang yang telah lengkap tersebut dan muat naik ke dalam sistem
    • Layari laman sesawang rasmi MySalam dan tekan butang Claims > Claims Submission > CI Claims
    • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti:
      Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form
      Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
    • Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda
  2. Tuntutan Bayaran Elaun Wad Ganti Harian
    • Minta surat keluar wad / discharge note daripada hospital. Pastikan surat tersebut mempunyai maklumat tarikh masuk dan keluar wad kemudian imbas surat tersebut dan muat naik ke dalam sistem
    • Layari laman sesawang rasmi MySalam kemudian log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
    • Tekan butang Claims > Claims Submission > Hospitalization
    • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti:
      Surat Keluar Wad / Discharge Note
      Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
    • Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda

Tarikh Mula Membuat Tuntutan MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan

Mula : 1 Mac 2019

Tamat : 31 Disember 2025

Penerima yang layak boleh mula membuat tuntutan melalui laman sesawang rasmi bermula tarikh di atas

Info Penting MySALAM Skim Perlindungan Kesihatan

  1. Jika penerima berjaya membuat tuntutan, bantuan akan dimasukkan terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan dalam sistem BSH
  2. Tempoh 14 hingga 21 hari diambil untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke dalam akaun penerima skim
  3. Tuntutan untuk kategori bayaran gantian harian adalah maksimum RM 700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga 31 Disember 2025
  4. Tuntutan untuk kategori sakit kritikal pula akan mendapat bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga 31 Disember 2025
  5. Tuntutan bayaran akan diberi kepada penerima sekiranya mendapat rawatan di hospital kerajaan sahaja

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan kesihatan sila rujuk maklumat berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA