Menu Bola

Cara Buat Tuntutan Bayaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan B40

22:49 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 5 March 2019 jam 10:50 PM oleh GC.editor

MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memberikan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma dengan mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Akibat daripada peningkatan kos sara hidup, ia juga memberi impak kepada kos perubatan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018, skim MySalam telah diluluskan dan akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019. Seramai 3.69 juta isi rumah B40 berumur 18 hingga 55 tahun dijangkakan akan menerima manfaat daripada skim ini.

Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun. Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat.

Kerjasama dengan syarikat insurans Great Eastern Holdings dilihat positif apabila dana pemulaan sejumlah RM 2 bilion akan dibelanjakan khusus bagi membantu golongan B40 menghadapi kos perubatan yang kian meningkat kini. Bagi memudahkan penerima, perkhidmatan sokongan pelanggan telah diwujudkan dan mula beroperasi bermula 1 Mac 2019 yang lalu. Dengan kata lain, penerima skim ini boleh membuat tuntutan mereka secara atas talian. Selain itu, tuntutan juga boleh dibuat secara terus di lokasi yang akan diumumkan nanti.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SECARA ONLINE SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40

Berikut dikongsikan cara-cara mebuat tuntutan, tarikh mula pelaksanaan serta lain-lain info penting berkaitan MySalam skim perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan oleh kerajaan:

GC Icon
Cara Buat Tuntutan Bayaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan B40
TARIKH MULA DAN TAMAT MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
MulaTamat
1 Januari 2019
31 Disember 2023
NotaSebarang penyakit yang didiagnos sebelum tarikh di atas tidak akan mendapat perlindungan daripada MySalam skim perlindungan kesihatan
NotaTarikh tamat MySalam skim perlindungan kesihatan bergantung kepada kemampuan polisi dengan dana RM 2 billion yang dijangka mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk lima tahun
CARA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40 SECARA ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat tuntutan dariapada MySalam skim perlindungan kesihatan

MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

NotaMelalui skim ini, hanya mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah menerima makluman tentang MySalam skim perlindungan kesihatan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja yang layak membuat tuntutan
SENARAI PENYAKIT YANG DILINDUNGI MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
Berikut adalah senarai 36 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:
Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis Bakteria
Tumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
Pembedahan Otak
Kanser
Kardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia Kronik
Koma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitis
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru
AIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus Fulminan
Serangan Jantung
Pembedahan Injap Jantung
HIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Pertuturan
Trauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ Sum
Penyakit Neuron Motor
Sklerosis Berbilang
Distrofi Otot
Kelumpuhan / Paraplegia
Penyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Strok
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
Pelecuran Tahap Ketiga
JENIS-JENIS TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
No 1Tuntutan Bayaran 36 Penyakit Kritikal
TickLayari laman sesawang rasmi MySalam dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
TickTekan butang Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
TickPergi ke hospital yang anda dapatkan rawatan bersama borang yang sudah dicetak dan minta doktor untuk melengkapkan borang tersebut
TickKemudian imbas borang yang telah lengkap tersebut dan muat naik ke dalam sistem
TickLayari laman sesawang rasmi MySalam dan tekan butang Claims > Claims Submission > CI Claims
TickLengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti:
bullet pointBorang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form
bullet pointSalinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
TickTekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda
No 2Tuntutan Bayaran Elaun Wad Ganti Harian
TickMinta surat keluar wad / discharge note daripada hospital. Pastikan surat tersebut mempunyai maklumat tarikh masuk dan keluar wad kemudian imbas surat tersebut dan muat naik ke dalam sistem
TickLayari laman sesawang rasmi MySalam kemudian log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS
TickTekan butang Claims > Claims Submission > Hospitalization
TickLengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti:
bullet pointSurat Keluar Wad / Discharge Note
bullet pointSalinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
TickTekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda
TARIKH MULA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
MulaTamat
1 Mac 2019
31 Disember 2023
NotaPenerima yang layak boleh mula membuat tuntutan melalui laman sesawang rasmi bermula tarikh di atas
INFO PENTING MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
No 1Jika penerima berjaya membuat tuntutan, bantuan akan dimasukkan terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan dalam sistem BSH
No 2Tempoh 14 hingga 21 hari diambil untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke dalam akaun penerima skim
No 3Tuntutan untuk kategori bayaran gantian harian adalah maksimum RM 700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga 31 Disember 2023
No 4Tuntutan untuk kategori sakit kritikal pula akan mendapat bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga 31 Disember 2023
No 5Tuntutan bayaran akan diberi kepada penerima sekiranya mendapat rawatan di hospital kerajaan sahaja
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan kesihatan sila rujuk maklumat berikut:
Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA
TickHubungi: 03-8000 8000
TickHubungi khidmat pelanggan: 1-300-88-8938 (24 jam)
TickFaks: 03-88823893 / 03-88823894
TickE-mel Rasmi: pro@treasury.gov.my
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi MySalam Skim Perlindungan Nasional B40
Klik LinkFAQ MySalam Skim Perlindungan Nasional (Cara Buat Tuntutan)