Cara Tukar File Format PDF kepada Word Dengan Mudah

Pada abad ke 21 ini, boleh dikatakan setiap daripada kita sudah pun celik IT. Anak-anak muda zaman kini telah didedahkan dengan pelbagai gajet, komputer, internet dan semua maklumat kini boleh didapati hanya menggunakan komputer dan internet. Teknologi ini dicipta oleh manusia bertujuan untuk memudahkan kerja kita seharian kerana terdapat banyak perisian yang boleh digunakan dan amat bermanfaat dalam kehidupan kita seharian. Teknologi sebegini juga mudah untuk didapatkan dan mampu milik.

Antara perisian yang sering kita gunakan adalah perisian pembaca PDF (PDF reader). Terdapat beberapa jenis PDF reader yang boleh kita dapati seeprti Sumatra PDF, Foxit Reader dan Adobe Acrobat PDF Reader. Namun yang sering kita gunakan adalah Adobe Acrobat PDF Reader kerana ia lebih selamat dan mudah untuk kita tukarkan (convert) kepada jenis file yang lain seperti format Microsoft office (Word atau Excel).

Seperti yang kita sedia maklum, format PDF tidak boleh diubah secara terus. Kita perlu convert dari file PDF ke file Microsoft office seperti word atau excel. Sebenarnya terdapat cara yang mudah untuk tukarkan dari file PDF ke office tanpa perlu muat turun apa-apa perisian ke dalam komputer anda. Anda hanya boleh lakukan secara online sahaja. Ia juga dapat menjimatkan masa anda dan yang paling penting tugasan anda siap dengan sempurna.

Cara Convert File Format PDF Ke Microsoft Word ( PDF To Word Online)

Bagi memudahkan semua pembaca, kami kongsikan cara-cara mudah untuk tukar file format PDF ke word. Sila rujuk jadual di bawah sebagai rujukan anda:

Cara Tukar Dari File PDF Kepada Word

Pautan di bawah boleh juga digunakan untuk tukar kepada file-file yang lain. Kami kongsikan cara untuk tukar dari file PDF kepada office sebagai contoh.

  1. Sila layari pautan berikut dan pilih jenis file yang hendak di ubah. Sebagai contoh tukar dari PDF kepada word
  2. Muat naik dokumen yang ingin ditukarkan pada pautan yang disediakan atau boleh pilih daripada dropbox atau google drive
  3. Dokumen anda akan ditukarkan secara automatik
  4. File anda sudah siap diubah dan sedia untuk dimuat turun