Cara Menukar No Telefon Bimbit Yang Didaftarkan Di BSH
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan satu bentuk inisiatif daripada kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Dahulunya BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ketika zaman kerajaan terdahulu. Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata ketika pembentangan Belanjawan 2019 peruntukan BSH kali ini lebih tertumpu kepada golongan B40.
Menurut Lim Guan Eng, BSH akan diagihkan secara berfasa iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Agihan juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 1 isi rumah bawah RM 2,000 akan menerima RM 1,000. Manakala kategori 2 isi rumah yang berpendapatan antara RM 2,001 hingga RM 3,000 akan menerima RM 750 dan kategori 3 bagi isi rumah berpendapatan RM 3,001 hingga RM 4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM 500.
Permohonan boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang rasmi BSH sekitar bulan Februari hingga Mac setiap tahun. Sebelum membuat permohonan, anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Jika anda layak, sila isi maklumat yang diperlukan. Bagi mereka yang sudah membuat pendaftaran dan ingin menukar maklumat seperti nombor telefon anda boleh berbuat demikian. Pastikan anda memberikan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan.
CARA MENUKAR NOMBOR TELEFON BIMBIT YANG DIDAFTARKAN DI BANTUAN SARA HIDUP (BSH)
Berikut dikongsikan cara-cara untuk menukar nombor telefon bimbit jika anda sudah mendaftar sebelum ini. Maklumat ini amat penting bagi urusan rasmi seperti ini:
CARA UNTUK TUKAR/ NOMBOR TELEFON BIMBIT BSH 2019 |
Anda boleh untuk sama ada mengemas kini atau mendaftar nombor telefon bimbit anda di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bermula 1 Februari 2019 |
Antara kepentingan nombor telefon adalah untuk proses sms nombor TAC |
| |||||
Bagi yang belum menghantar borang BSH 2019, anda perlu melengkapkan borang permohonan BSH 2019 (BK-01) terutama nombor telefon anda dan kemukakan di cawangan LHDNM | |||||
PENDAFTARAN NOMBOR TELEFON BARU |
|
Bagi yang sudah menghantar borang BSH 2019, anda perlu melengkapkan borang kemas kini nombor telefon (BK-21) yang boleh didapati di cawangan LHDNM |
Pastikan nombor telefon yang baru tersebut aktif dan boleh dihubungi |
JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BSH 2019 DI CAWANGAN LHDNM (1.7.2019-15.8.2019) | |||
Hari/Tarikh | Lokasi | Masa | |
Bekerja | Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Semenanjung | 9 pagi – 5 petang | |
Bekerja | Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Sabah/Sarawak | 8 pagi – 4 petang | |
2.8.2019 (Jumaat) | Cawangan LHDNM (Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu) | 9 pagi – 4:30 petang | |
3.8.2019 (Sabtu) | Semua Cawangan LHDNM Semenanjung | 9 pagi – 4:30 petang | |
3.8.2019 (Sabtu) | Semua Cawangan LHDNM Sabah Dan Sarawak | 8 pagi – 3:30 petang | |
4.8.2019 (Ahad) | Semua Cawangan LHDNM (Selain Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu) | 9 pagi – 4:30 petang | |
4.8.2019 (Ahad) | Semua Cawangan LHDNM Sabah Dan Sarawak | 8 pagi – 3:30 petang |
NOTA PENTING |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN |
Jika ingin mendapatkan info lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi: |
Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
![]() |
![]() |
![]() |