Menu Bola

Siaran langsung keputusan Pahang Vs Terengganu Vs Pahang 9.2.2019 Liga Super (LS2)

14:00 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 March 2019 jam 11:48 PM oleh GC.editor

Pasukan Pahang akan menentang pasukan Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan kedua (2) Liga Super Malaysia 2019 (LS2) yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 9 Februari 2019.

Pahang yang beraksi di gelanggang sendiri sudah tentu mahu memanfaat kelebihan yang ada bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka di carta pendahulu Liga Super ketika ini. Bagaimanapun mereka perlu berwaspada dengan peningkatan prestasi Terengganu yang berpotensi untuk menidakkan kemaraan pasukan Pahang yang ingin memburu kemenangan.

Berdasarkan kedudukan dalam carta Liga Super setakat perlawanan pertama sebelum ini menyaksikan Pahang berada dikedudukan ke-2 setakat ini dengan kutipan 3 mata berdasarkan rekod kemenangan 3-1 ke atas pasukan Kuala Lumpur.

Manakala pasukan Terengganu pula berada dikedudukan ke-5 setakat ini dengan kutipan 1 mata hasil daripada keputusan seri 1-1 di laman sendiri bertemu pasukan PKNS FC.

Pertembungan ini pasti berlangsung dengan menarik memandangkan kedua-dua pasukan turun beraksi dengan misi memburu kemenangan bagi mendapatkan tiga mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan pasukan di carta Liga Super disamping ianya merupakan perlawanan melibatkan dua gergasi Pantai Timur.

GC Icon
tfc pahang min
Pahang FATerengganu FC IIKEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS TERENGGANU 9.2.2019 LIGA SUPER
Perlawanan membabitkan pasukan Pahang menentang Terengganu berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang bermula pada jam 9:00 malam, Sabtu.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-2 Liga Super Malaysia 2019 (LS2) di antara pasukan Pahang lawan (lwn) Terengganu yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Logo Malaysia Super LeagueRESULT PAHANG VS TERENGGANU LIGA SUPER 2019 (LS2)
PAHANGPahang FA
3
0
Terengganu FC IITERENGGANU
Penjaring GolDickson Nwakaeme 13′
Penjaring GolHerold Goulon 50′
Penjaring GolNorshahrul Idlan Talaha 90′
9:00PMLive ScorePenjaring Gol
LIVE STREAMING PAHANG VS TERENGGANU 9 FEBRUARI 2019 LIGA SUPER
Aksi perlawanan Liga Super di antara pasukan Pahang menentang Terengganu turut disiarkan secara siaran langsung di Dalam Proses seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Pahang Vs Terengganu disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.

 

Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super
Klik LinkKeputusan Kesemua Perlawanan Liga Super