Semakan Keputusan SMA Terengganu 2020 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Menuntut ilmu merupakan sesuatu yang fardhu dalam agama islam. Galakkan untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina telah ditekankan dalam agama kita. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan harus untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menghebahkan berita baik buat rakyat Terengganu. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu telah dibuka. Demi kemudahan ibu bapa juga, permohonan dan semakan permohonan boleh dilakukan secara atas talian.

Untuk pengetahuan, Unit ICT JHEAT di bawah seliaan Bahagian Pendidikan telah membangunkan aplikasi laman sesawang permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM. Tujuan aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke SMA Terengganu. Ibu bapa hanya perlukan capaian internet untuk membuat permohonan dan juga semakan permohonan. Disertakan juga syarat kelayakan untuk menjadi sebahagian daripada pelajar SMA Terengganu.

Ambilan pelajar baru dibuka untuk kemasukan pelajar ke tingkatan 1, 4 dan tingkatan 6. Reputasi SMA Terengganu amat memberangsangkan dan mendapat permintaan tinggi ibu bapa. Ibu bapa yang inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama dan juga ilmu sains digalakkan untuk mendaftarkan anak mereka kerana reputasi yang cemerlang ditunjukkan sekolah akhir-akhir ini.

SEMAKAN KEPUTUSAN SMA TERENGGANU 2020 ONLINE SMANT & MAIDAM

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan permohonan kemasukan ke SMA Terengganu serta tarikh-tarikh penting SMA Terengganu:

GC Icon
semakan keputusan sma terengganu
TARIKH UJIAN BERTULIS KEMASUKAN KE SMANT 2019
BukaJam
1 Disember 2019
9 Pagi
NotaPemohon yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan seperti tarikh dan masa yang dinyatakan
CARA MEMBUAT SEMAKAN UJIAN BERTULIS SMANT
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan ujian bertulis samada anda layak atau tidak

SEMAKAN UJIAN BERTULIS SMANT

No 1Sila isikan no kad pengenalan pemohon kemudian tekan butang cari
No 2Keputusan semakan ujian bertulis akan dipaparkan di skrin
TARIKH DAN LOKASI UJIAN BERTULIS
TarikhPerkara
5 Disember 2019Sesi ujian bertulis akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Terengganu
9 Disember 2019Sesi ujian bertulis akan diadakan di SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
4 Disember 2019Sesi ujian bertulis akan diadakan di Madrasah Moden MAIDAM Terengganu
TARIKH KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SMANT 2020
BukaJam
19 Disember 2019
9 Pagi
NotaPemohon yang berjaya melepasi ujian bertulis akan ditawarkan kemasukan ke SMANT. Semakan boleh dibuat pada waktu dan tarikh di atas
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SMANT 2019
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan permohonan anda

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMANT

No 1Sila isikan no kad pengenalan pemohon kemudian tekan butang cari
No 2Keputusan semakan ujian bertulis akan dipaparkan di skrin
TARIKH PENDAFTARAN KE SKOLAH-SEKOLAH SMANT TINGKATAN 1 2020
TarikhPerkara
30 Disember 2019Sekolah Menengah Agama Terengganu
5 Januari 2020SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
5 Januari 2020Madrasah Moden MAIDAM Terengganu
12 Januari 2020Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
Close