Menu Bola

Semakan keputusan SBP Tingkatan 1 2019 dan permohonan e-Rayuan

03:56 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 13 October 2018 jam 04:04 AM oleh GC.editor

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada awalnya adalah sebuah sekolah berasrama Inggeris yang terbuka khusus kepada golongan raja dan golongan kenamaan. Kemudian ia dibuka kepada pelajar bumiputera luar bandar untuk mendapat pendidikan yang terbaik daripada kerajaan. Namun kini, semua warganegara Malaysia layak bagi kemasukan ke SBP kecuali SBP Premier, SBP Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP).

Secara kasarnya, komposisi murid di SBP terdiri daripada  90% murid bumiputera manakala baki 10% ialah murid bukan bumiputera. Pengambilan pelajar baru SBP adalah untuk kemasukan ke peringkat tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bermula 2016, murid tahun 6 yang ingin memasuki tingkatan 1 di SBP layak untuk memohon kemasukan ke semua SBP yang terdapat di Malaysia kecuali Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS).

Untuk menjadi sebahagian daripada warga SBP, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam pelajaran namun harus aktif dalam aktiviti sukan, kelab dan persatuan. Apa yang membezakan SBP dan sekolah harian biasa adalah murid wajib tinggal di asrama yang disediakan. Pelajar juga wajib mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan oleh KPM setiap hari.

Pengambilan murid ke tingkatan 1 SBP mempunyai dua ambilan. Pemohon hendaklah melepasi ujian saringan UKSBP  terlebih dahulu yang baru saja diperkenalkan bermula 2017. Beberapa aspek yang telah dinyatakan di perenggan di atas akan dinilai bagi menentukan permohonan-permohonan calon. Buat pemohon yang gagal pada permohonan pertama, anda diberikan peluang untuk melakukan rayuan. Permohonan rayuan akan dinilai bergantung kepada baki kekosongan tempat setelah ambilan pertama.

SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 1

Semakan keputusan kemasukan ke SBP untuk tingkatan 1 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah. Pelajar yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan keputusan anda sebaik sahaja semakan keputusan dibuka. Berikut dikongsikan cara membuat semakan serta lain-lain info yang berkaitan:

GC Icon
semakan keputusan sbp tingkatan 1
TARIKH SEMAKAN AMBILAN PERTAMA DAN PERMOHONAN E-RAYUAN KE SBP TINGKATAN 1
BukaTutup
21 Disember 2018
.
InfoSistem permohonan e-Rayuan mula dibuka mengikut tarikh pengumuman keputusan tawaran ambilan pertama
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 1

No 1Layari pautan di atas.
No 2Masukkan angka giliran UPSR 2018 dan klik butang Semakan
NotaPastikan angka giliran pemohon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR pemohon.
ARAHAN KEPADA CALON YANG BERJAYA
TickKepada calon yang berjaya mendapat tawaran, anda dikehendaki membuat cetakan surat tawaran dan lain-lain lampiran yang diberikan
TickSila bawa semua lampiran yang telah dicetak dan lengkapkan dengan tepat segala butiran yang diperlukan dan bawa ketika hari pendaftaran
TickPihak sekolah mempunyai kuasa untuk menolak tawaran yang tidak lengkap atau tidak benar
TickTawaran yang diberikan adalah muktamad dan permintaan untuk bertukar ke sekolah lain dan aliran yang berbeza tidak akan dilayan
ARAHAN KEPADA CALON YANG GAGAL
Kepada calon yang gagal dalam permohonan pertama, anda boleh melakukan permohonan e-Rayuan
Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh hebahan keputusan SBP ambilan pertama
InfoBagi pelajar yang tidak dapat membuat permohonan ketika sesi permohonan kali pertama dilakukan, anda boleh berbuat demikian pada sesi rayuan melalui aplikasi e-Rayuan
CARA MENGISI PERMOHONAN E-RAYUAN
No 1Klik pada pautan di atas.
No 2Masukkan angka giliran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 
No 3Isikan maklumat yang diperlukan seperti dinyatakan dalam ruangan catatan:
Abjad AMaklumat Diri
Abjad BMaklumat Kepimpinan / Kokurikulum
Abjad CMaklumat Ibu Bapa 
Abjad DMaklumat Alamat Surat Menyurat
No 4Pilih e-Rayuan
No 5Klik hantar permohonan.
TARIKH SEMAKAN AMBILAN KEDUA KE SBP TINGKATAN 1
BukaTutup
Januari 2019
Februari 2019
Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP AMBILAN KEDUA

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 1 AMBILAN KEDUA

MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada:
Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Talian Hotline: 03-8321 7400
Klik LinkFAQ Permohonan SBP Sesi 2019

 

Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkSemakan Kelayakan Menduduki Dan Pusat UKSBP 2019
Klik LinkContoh Soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP
Klik LinkPermohonan SBP 2019 Tingkatan 1 & 4 Sekolah Berasrama Penuh