Tarikh hari raya Aidilfitri 2020 1 Syawal 1441H di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

1 Syawal, seringkali dinantikan dengan pelbagai persepsi. Di Malaysia, keghairahan menyambutnya telah bermula pada hari pertama Ramadan lagi.

Malah dari hari ke sehari, umat Islam seolah-oleh tidak sabar-sabar menunggu kehadiran Hari Raya Aidilfitri, lebih-lebih lagi di hujung-hujung bulan Ramadan.

Namun, apa yang menjadi persoalannya adakah kegembiraan meraikan hari kemenangan itu disambut sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Oleh kerana itu, Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

TARIKH HARI RAYA PUASA 2020 (AIDILFITRI) 1 SYAWAL 1441 HIJRAH DI MALAYSIA

Berdasarkan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2020 / 1441  – 1442H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan 1 Syawal 1441H adalah bersamaan 24 Mei 2020 (Hari Ahad).

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2020 / 1441-1442H BAGI MALAYSIA

Berikut merupakan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2020 / 1441-1442H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

GC Icon
Aidilfitri

SENARAI TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2020 / 1441-1442H MALAYSIA

Tarikh Hijri (1441)Tarikh Miladi (2020)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab22 MacIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*24 AprilAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan10 MeiNuzul Al-Quran
 1 Syawal*
 24 Mei
 Hari Raya AidilFitri
1 Zulhijjah22 JulaiAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*31 JulaiHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144220 OgosAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiuawal 144229 OktoberMaulidur Rasul
NotaTarikh bertanda (*) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

PENGISYTIHARAN HARI RAYA AIDILFITRI  TAHUN INI 2020M-1441H (Akan dikemaskini)

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari —“

Pemyisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Close