Tarikh hari raya Aidiladha 2024 10 Zulhijjah 1445H di Malaysia

Umat islam diseluruh dunia akan menyamabut dua perayaan besar setiap tahun. Pertama Hari Raya Aidilfitri dan kedua Hari raya Aidiladha. Hari raya aidilfitri diraikan sebagai tanda kejayaan mengharungi sebulan berpuasa manakala hari raya aidiladha sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah dan ketaatan anaknya Nabi Ismail a.s. Kedua-dua hari perayaan diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Pada pagi hari raya aidiladha umat islam akan menunaikan solat sunat aidiladha di masjid. Umat islam akan bertakbir mengagongkan Allah atas nikmat yang dikurniakan. Sebagai tanda kesyukuran kerana telah memberi pelbagai nikmat kepada hambanya. Umat islam digalakkan melakukan perkara-perkara sunat seperti memakai wangian, bertakbir, menunaikan solat sunat dan sebagainya seperti yang dilakukan Nabi Muhammad.

Hari raya aidiladha di Malaysia diketahui dengan melihat anak bulan dan membuat kiraan matematik dan astronomi oleh mereka yang bertauliah. Pengumuman hari raya sentiasa dinantikan oleh kita semua. Pengumuman hari raya Haji akan dilakukan oleh penyimpan mohor besar raja-raja dan akan dihebahkan melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada malam 29 Zulkaedah 1445H bersamaan tarikh yang akan dikemaskini.

Tarikh Hari Raya AidilAdha 2024 (Hari Raya Haji/ Qurban)

Bagi memudahkan semua umat islam, berikut dikongsikan tarikh hari raya aidiladha seperti yang ditetapkan dan lain-lain info untuk membantu semua:

Senarai Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Malaysia

Tarikh Hijri (1445)Tarikh Miladi (2024)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab8 FebruariIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*12 MacAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
1 Syawal*10 April Hari Raya AidilFitri
1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*
17 Jun
Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 JulaiAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiuawal 144616 SeptemberMaulidur Rasul
Tarikh bertanda (*) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Rujukan Tarikh Hari Raya AidilAdha 2024

Senarai tarikh penting kalendar islam ini diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Silam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut sumber JAKIM tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Isnin, 17 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut:

Cara Menunaikan Solat Sunat AidilAdha

Berikut merupakan pautan cara menunaikan sulat sunat aidiladha untuk panduan semua:

Lokasi Program Mencerap Anak Bulan Zulhijjah Tahun Ini 2024-1445H

NegeriLokasi
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan