Tarikh hari raya Aidiladha 2020 10 Zulhijjah 1441H di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Umat islam diseluruh dunia akan menyamabut dua perayaan besar setiap tahun. Pertama Hari Raya Aidilfitri dan kedua Hari raya Aidiladha. Hari raya aidilfitri diraikan sebagai tanda kejayaan mengharungi sebulan berpuasa manakala hari raya aidiladha sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah dan ketaatan anaknya Nabi Ismail a.s. Kedua-dua hari perayaan diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Pada pagi hari raya aidiladha umat islam akan menunaikan solat sunat aidiladha di masjid. Umat islam akan bertakbir mengagongkan Allah atas nikmat yang dikurniakan. Sebagai tanda kesyukuran kerana telah memberi pelbagai nikmat kepada hambanya. Umat islam digalakkan melakukan perkara-perkara sunat seperti memakai wangian, bertakbir, menunaikan solat sunat dan sebagainya seperti yang dilakukan Nabi Muhammad.

Hari raya aidiladha di Malaysia diketahui dengan melihat anak bulan dan membuat kiraan matematik dan astronomi oleh mereka yang bertauliah. Pengumuman hari raya sentiasa dinantikan oleh kita semua. Pengumuman hari raya Haji akan dilakukan oleh penyimpan mohor besar raja-raja dan akan dihebahkan melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada malam 29 Zulkaedah 1441H (21 Julai 2020, Selasa).

TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2020 (HARI RAYA HAJI/ QURBAN)

Bagi memudahkan semua umat islam, berikut dikongsikan tarikh hari raya aidiladha seperti yang ditetapkan dan lain-lain info untuk membantu semua:

GC Icon
Hari raya Qurban

SENARAI TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2020 / 1441-1442H MALAYSIA

Tarikh Hijri (1441)Tarikh Miladi (2020)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab22 MacIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*24 AprilAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan10 MeiNuzul Al-Quran
1 Syawal*24 Mei Hari Raya AidilFitri
1 Zulhijjah22 JulaiAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*
31 Julai (Jumaat)
Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144220 OgosAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiuawal 144229 OktoberMaulidur Rasul
NotaTarikh bertanda (*) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

RUJUKAN TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2020

Senarai tarikh penting kalendar islam ini diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Silam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut sumber JAKIM tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, 31 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut:
Klik Link Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2020/ 1441– 1442H Bagi Malaysia

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILADHA

Berikut merupakan pautan cara menunaikan sulat sunat aidiladha untuk panduan semua:
Klik LinkPanduan Terkini Dan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

LOKASI PROGRAM MENCERAP ANAK BULAN ZULHIJJAH TAHUN INI 2020-1441H

NegeriLokasi
Negeri PerlisPerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
Negeri KedahKedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Negeri PenangPulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Negeri PerakPerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
WP Kuala LumpurKuala LumpurMenara Kuala Lumpur
Negeri SelangorSelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
WP PutrajayaPutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanNegeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
Negeri MelakaMelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri JohorJohorPontian Kecil
Negeri PahangPahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
Negeri KelantanKelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Negeri TerengganuTerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Negeri SarawakSarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Negeri SabahSabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
WP LabuanLabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Close