Tarikh PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri Selangor Penang N9 Kedah Kelantan Terengganu)

Bahang Pilihan Raya Negeri kali ke-15 tahun 2023 makin hangat terasa sehingga menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia adalah bila tarikh Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) akan diadakan.

Tarikh Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) tidak lagi menjadi teka-teki yang sukar dijawab kerana ruang yang ada iaitu antara berbulan lamanya, tidak memberikan julat pilihan yang besar kepada enam negeri yang terbabit untuk mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan perlu membubarkan DUN apabila tamat tempohnya pada tahun ini dan seterusnya meletakkan kuasa di pihak SPR untuk merencana tarikh mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.

Tarikh PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri Selangor Penang N9 Kedah Kelantan Terengganu)

Bilakah tarikh rasmi Pilihan Raya Negeri ke-15 tahun 2023?, Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. GCarian akan mengemaskini tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam ruangan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN15 di bawah.

I) Selepas tarikh pembubaran DUN di senam negeri terlibat diumumkan secara rasmi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat penuh yang terdiri daripada anggota-anggota suruhanjaya bagi menentukan perkara-perkara berkaitan dengan pilihan raya dan tarikh penamaan calon.

II) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengumumkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan hari penamaan calon dan juga hari pengundian dalam satu sidang akhbar khas.

III) Mengikut Perkara 55 (4) SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya mulai tarikh pembubaran Parlimen dan juga Dewan-dewan Undangan Negeri.

IV) Selepas tarikh rasmi bagi penamaan calon dan hari pengundian telah ditetapkan, SPR akan mengeluarkan writ dan notis pilihan raya yang akan menjadi rujukan kepada parti-parti yang bertanding dan pengundi.

Tarikh-Tarikh Penting PRN15 – Pilihan Raya Negeri (DUN)

PerkaraTarikhStatus
Tarikh Pembubaran DUN22, 23, 28 Jun & 1 Julai 2023Rasmi
Tarikh Penamaan Calon29 Julai 2023Rasmi
Tarikh Mengundi Awal8 Ogos 2023Rasmi
Tarikh mengundi12 Ogos 2023Rasmi

Pilihanraya yang menjadi instrumen terpenting dalam sistem demokrasi perlu digunakan sebaiknya oleh rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkemampuan menggalas tanggungjawab dan amanah demi kepentingan agama, bangsa dan membina tamadun umat gemilang.

Pengundi perlu membuat keputusan yang bijak bagi memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber pada Pilihanraya Negeri Ke-15 (PRN15) dengan membuat pertimbangan berasaskan keutamaan dan kepentingan agama, masyarakat dan negara jangka panjang, bukannya berasaskan sentimen-sentimen murahan yang sengaja dicetuskan untuk merangsang perasaan marah hingga terhakisnya pertimbangan rasional dalam membuat keputusan.

Pilihan raya merupakan alat terpenting dalam amalan demokrasi harus digunakan sebaiknya untuk memilih pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab agama dan bangsa.

Info Berkaitan