Tarikh rasmi PRU 14 Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 hari buang undi

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Bahang Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-14 tahun 2018 makin hangat terasa sehingga menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia adalah bila tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan.

Bila agaknya Datuk Seri Najib Razak dijangka bubarkan Dewan Rakyat. Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lagi menjadi teka-teki yang sukar dijawab kerana ruang yang ada iaitu antara Mac hingga Jun tahun ini, tidak memberikan julat pilihan yang besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, Perdana Menteri masih mempunyai pilihan untuk membiarkan Parlimen terbubar apabila tamat tempohnya pada 24 Jun ini dan seterusnya meletakkan kuasa di tangan beliau untuk merencana tarikh mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.

TARIKH RASMI PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-14 (PRU14) HARI MENGUNDI SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Bilakah tarikh rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018?, GCarian akan mengemaskini tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam ruangan tarikh-tarikh penting berkenaan PRU14 di bawah.

GC Icon
Tarikh Mengundi PRU14
Info
No 1Selepas tarikh pembubaran Parlimen diumumkan secara rasmi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat penuh yang terdiri daripada anggota-anggota suruhanjaya bagi menentukan perkara-perkara berkaitan dengan pilihan raya dan tarikh penamaan calon.
No 2Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengumumkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan hari penamaan calon dan juga hari pengundian dalam satu sidang akhbar khas.
No 3Mengikut Perkara 55 (4) SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya mulai tarikh pembubaran Parlimen dan juga Dewan-dewan Undangan Negeri.
No 4Selepas tarikh rasmi bagi penamaan calon dan hari pengundian telah ditetapkan, SPR akan mengeluarkan writ dan notis pilihan raya yang akan menjadi rujukan kepada parti-parti yang bertanding dan pengundi.
TARIKH-TARIKH PENTING PRU14 – PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA
PerkaraTarikhStatus
TickTarikh Pembubaran Parlimen7 April 2018Rasmi
TickTarikh Penamaan Calon28 April 2018Rasmi
TickTarikh Mengundi Awal5 Mei 2018Rasmi
Hari Mengundi PRU14Tarikh mengundi seluruh rakyat Malaysia9 Mei 2018Rasmi
Pilihanraya Umum yang menjadi instrumen terpenting dalam sistem demokrasi perlu digunakan sebaiknya oleh rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkemampuan menggalas tanggungjawab dan amanah demi kepentingan agama, bangsa dan membina tamadun umat gemilang.
Pengundi perlu membuat keputusan yang bijak bagi memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber pada Pilihan Umum Ke-14 (PRU14) dengan membuat pertimbangan berasaskan keutamaan dan kepentingan agama, masyarakat dan negara jangka panjang, bukannya berasaskan sentimen-sentimen murahan yang sengaja dicetuskan untuk merangsang perasaan marah hingga terhakisnya pertimbangan rasional dalam membuat keputusan.
Pilihan raya merupakan alat terpenting dalam amalan demokrasi harus digunakan sebaiknya untuk memilih pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab agama dan bangsa.

 

Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkSemakan Nama Pengundi Dan Tempat Mengundi PRU-14
Close