Menu Bola

Kalendar Liga Malaysia 2019-2020 Tarikh Penting

11:55 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 25 January 2019 jam 11:59 AM oleh GC.editor

Liga Malaysia musim 2019 sudah semakin hampir. Setelah beberapa bulan liga Malaysia berehat kini peminat bola sepak tempatan akan kembali ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Bersempena liga yang semakin tiba, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan kalendar pertandingan liga Malaysia untuk tahun 2019-2020. Menurut MFL ini merupakan kali pertama MFL mengeluarkan kalendar liga Malaysia untuk tempoh dua tahun.

Setelah mengambil kira maklum balas daripada penyokong, MFL bersetuju untuk mengambil langkah ini bagi memudahkan para penyokong merancang perjalanan mereka untuk memberi sokongan kepada pasukan. Langkah ini juga bertujuan untuk memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding membuat persediaan untuk tempoh jangka masa panjang.

Pihak pengurusan pasukan juga boleh membuat persediaan dalam menyediakan dokumen pendaftaran, perancangan penggunaan stadium, aktiviti komersial, persediaan jendela perpindahan pemain dan promosi sukan. Selain itu, untuk musim 2019 ini kebanyakkan perlawanan diadakan pada hujung minggu. Ini bagi memudahkan penyokong datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan penyokong bagi memastikan kehadiran ke stadium memuaskan.

Menurut MFL susunan jadual liga Malaysia amat mencabar kerana terikat dengan pengesahan pendaftaran pasukan dan pengesahan tempat untuk setiap pasukan yang bertanding. Untuk tahun-tahun berikut jadual perlawanan akan dikeluarkan sebulan sebelum sepak mula liga Malaysia. Di masa akan datang MFL akan memperbaiki sistem jadual liga dengan mengeluarkan jadual lebih awal bagi memudahkan pasukan membuat perancangan.

KALENDAR TARIKH PENTING LIGA MALAYSIA MUSIM 2019-2020 DAN MAKLUMAT JENDELA PERPINDAHAN PEMAIN

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh liga dan kejohanan bolasepak Liga Malaysia dan juga tarikh-tarikh penting perpindahan pemain yang telah disusun oleh pihak MFL. Ianya termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia serta Challenge Cup

GC Icon
Kalendar Liga Malaysia 2019 2020 Tarikh Penting
KALENDAR LIGA MALAYSIA 2019
2 Februari 2019
Piala Sultan Haji Ahmad Shah
1 Februari-21 Julai 2019
Unifi Liga Super 2019
1 Februari-21 Julai 2019
Liga Premier 2019
29 November 2018 – 20 Februari 2019
Jendela Perpindahan Pertama ditutup
13 Februari-27 Julai 2019
Shopee Piala FA 2019
2 Mei-29 Mei 2019
Tempoh Jendela Perpindahan kedua
3 Ogos-2 November 2019
Unifi Piala Malaysia 2019
3 Ogos-26 Oktober 2019
Challenge Cup 2019
tarikh penting liga Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Sila layari pautan di bawah untuk muat turun kalendar pertandingan liga Malaysia:
Klik LinkKalendar Pertandingan Liga Malaysia
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi MFL