Menu Bola

Tarikh hari pembentangan bajet 2019 Malaysia November 2018

13:48 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 3 September 2018 jam 11:38 PM oleh GC.editor

Sesi pembentangan belanjawan Malaysia (Bajet Malaysia) bagi setiap tahun pastinya mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia malah rakyat menantikan tarikh pembentangan bajet itu dan sebagai sebuah kerajaan prihatin serta bertanggungjawab, kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri pasti tahu apa yang perlu dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

Setiap Touch Points intipati bajet menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan. Antara intipati dalam jangkaan rakyat seperti berita gembira buat penjawat awam dan paling dinantikan pengumuman terbaharu penambahbaikan skim perkhidmatan awam yang akan meningkatkan lagi pendapatan penjawat awam secara keseluruhannya.

Selain perkhabaran gembira buat penjawat awam, isu kos sara hidup tinggi, rumah mampu milik, pendidikan, kesihatan, aspek keselamatan dan agenda sosial serta keupayaan negara dan persediaan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa hadapan adalah antara fokus utama kerajaan dalam setiap kali bajet tahunan negara.

Harapan rakyat apabila menjelangnya pembentangan bajet sudah tentu inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan. Maklumlah, bukan mereka yang menetap di bandar besar sahaja terasa bahang­nya, malah penduduk di pekan kecil juga terasa tempias­nya.

Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap belanjawan Malaysia bagi tahun 2019 perlu selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan.

TARIKH DAN HARI PEMBENTANGAN BAJET 2019 BELANJAWAN MALAYSIA BULAN NOVEMBER

Seperti tahun-tahun sebelumnya pembentangan belanjawan Malaysia dibentangkan pada bulan Oktober di dewan rakyat, parlimen Malaysia. GCarian akan mengemaskini maklumat tarikh rasmi pembentangan Bajet 2019 bila diadakan dalam ruangan di bawah.

TARIKH RASMI HARI PEMBENTANGAN BAJET 2019 MALAYSIA
Perkara
Pembentangan Belanjawan Malaysia 2019
InfoButiran
Tarikh dan masa2 November 2018 (Jumaat), jam 400 petang
TempatDewan rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran langsungSesi ucapan pembentangan bajet 2019 akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia